Friday, February 26, 2010

MAULIDUR RASUL 2010

TARIKH : 26HB FEB 2010

Zikral Maulidur Rasul صلى الله عليه وآله وسلم
Thursday, February 18, 2010

بســــم الله الرحمان الرحيم
الحمد لله رب العالمين حمداً يوافى نعمه ويكافئ مزيده

اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم

اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar

Janji RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam bahwa semua akan bersama orang yang ia cintai dihari kiamat. Semoga kita hidup & wafat dalam cinta kepada RasuluLlah ShalALLAHu`alaihiwasalam & para Ulama` Shalihin. ALLAHumma amiin. Al-Fatihah.


Sajak Maulidur Rasul


Mari kita bercerita tentang Nabi kita,
Iaitu Rasulullah SAW, penyelamat manusia dunia akhirat,
Walaupun sebelum ini kita telah menceritakan banyak kali tentangnya,
Mungkin kita ceritakan disudut-sudut lain yang belum diceritakan lagi,
Kalau pun diceritakan lagi banyak kali tidak mengapa,
Supaya yang lupa diingat kembali,
Bertambah ingat lagi,
Nabi Muhammad SAW orang luar biasa yang tidak ada taranya,
Sebelum dan sesudahnya dikalangan manusia,
Sekalipun dikalangan para rasul dan para nabi yang telah diberita,
Dia adalah rohnya malaikat dan tubuhnya manusia,
Orang paling cerdik dan paling bersih rohnya,
Dikalangan manusia sebelum dan sesudahnya,
Maka dia diberi julukan oleh Tuhan ‘fathonah’,
Bahkan yang paling ‘Fathonah’ dikalangan rasul-Nya,
Ilmunya bukan didapati dari aqalnya,
Walaupun dia orang yang paling tajam aqalnya,
Dia mendapat ilmu dijatuhkan Tuhan didalam hatinya,
Wahyu namanya, dia belajar langsung dari Tuhannya,
Kerana inilah dia tidak perlu menulis
Dan membaca seperti manusia biasa,
Kerana itulah ilmunya tidak dilupa sepanjang masa,
Kalau dari aqal mungkin dilupakannya,
Ilmunya menceritakan dunia dan akhirat,
Tawakalnya luarbiasa,
Sebab itulah dimalamnya makanan tidak disimpan untuk esok harinya
Dan diberikan kepada manusia yang memerlukannya
Kerana dia yakin, kalau esoknya dia hidup
Tuhan merezekikannya,
Dia tidak membunuh orang,
Walaupun disetengah-setengah waktu dia boleh membunuhnya,
Tapi dia tidak membunuhnya,
Dia mengambil jalan yang utama,
Iaitu memaafkannya,
Kerana itu orang itu Islam ditangannya,
Beraninya luarbiasa tiada tandingannya,
Dia sanggup lalu dihadapan musuhnya seorang diri,
Musuhnya tidak mengapa-apakannya bahkan terpinga-pinga,
Kasih sayangnya sangat ketara,
Terutama kepada fakir miskin, anak-anak yatim dan janda-janda,
Orang yang bersalah dimaafkannya,
Sekalipun orang itu tidak memintanya,
Pernah hamba sahaya hendak dihukum oleh tuannya,
Dia membuka bajunya untuk disebat,
Pengganti hamba sahaya, tuan hamba sahaya itu malu dibuatnya,
Lalu dimerdekakannya,
Pernah Rasulullah SAW membeli hamba sahaya kemudian dimerdekakannya,
Pemurahnya tidak ada taranya,
Macam angin kencang lajunya,
Tiada siapa yang boleh menandinginya,
Dan tidak pernah menghampakan orang yang meminta,
Sekalipun dia terpaksa berhutang buat sementara,
Kalau ada orang mengata dan menghinanya,
Dia diam sahaja, tidak menjawabnya,
Gembiranya tidak ketawa, hanya senyum sahaja,
Cuma ketaranya pada mukanya,
Bahkan tidak pernah menghina orang atau mengata aibnya,
Sekalipun musuhnya,
Rasulullah makannya sedikit sekadar mengalas perutnya
Dia tidak pernah makan seorang, sekalipun lapar,
Paling tidak, dia makan berdua,
Tapi kalau dia tidak suka setengah jenis makanan itu,
Dia tidak pula mencercanya,
Kalau dia marah dengan orang, disembunyikan marahnya
Sehingga orang tidak tahu marahnya,
Dia tidak pernah melahirkan jijik kepada manusia,
Sebab itu dia sanggup makan dengan orang
berkudis-kudis badannya,
Sabarnya luarbiasa,
Tentang ujian yang Tuhan timpakan kepadanya
berbagai-bagai bentuknya,
Dia redha,
Lantaran itu Tuhan beri dia gelaran ‘Ulul Azmi’
Yang tiada bandingannya,
Bahkan dia ketua ‘Ulul Azmi’, dikalangan rasul-rasul,
Ditangannya lahirlah murid-murid yang luarbiasa,
Diberi gelaran sahabat namanya,
Ratusan ribu banyaknya, lebih seratus ribu bilangannya,
Ini tidak pernah berlaku dikalangan rasul-rasul
sebelumnya,
Semua sahabat-sahabatnya masuk syurga,
Kerana dosa-dosa mereka diampunkan oleh Tuhannya,
Kerana menjadi sahabat-sahabatnya,
Sahabat-sahabatnya laksana bintang-bintang dilangit,
Rasul adalah bulan purnama,
Hatinya tidak tidur sekalipun matanya tidur,
Menunjukan hatinya sentiasa jaga,
Sebab itulah kalau dia tidur tidak membatalkan wudhu’nya,
Dia menghormati manusia sesuai dengan darjatnya,
Sekalipun orang itu kafir,
Kadang-kadang dibentangkan serbannya untuk tempat duduk tetamunya
Kerana menghormati tetamunya,
Dia tidak mengutuk dan melaknat makhluk Tuhan,
Sekalipun binatang yang melata,
Begitu juga tidak pernah melakukan kesalahan,
Sekalipun menyalahi utama,
Kalau dia melihat perempuan, matanya ditundukannya,
Dia orang paling pemalu,
Malunya kalah anak dara yang paling pemalu,
Sebab itu seumur hidup dia tidak pernah
Melihat kemaluannya dan kemaluan isterinya,
Kalau dia lalu, tidak dibenarkan perempuan dihadapannya,
Ibadahnya banyak, terutama diwaktu malam,
Hingga bengkak-bengkak kakinya,
Dia suka berkhidmat dengan isteri-isteri dan keluarga,
Bukan diarah-arahkan oleh isteri-isterinya,
Tapi dia buat dengan sukarela,
Kerana mencari redha Tuhannya,
Dia sebaik-baik suami,
Tidak mampu orang lain membuatnya,
Bahkan dia berkhidmat dengan musuhnya,
Satu cerita yang menyayat hati kita,
Seorang buta yang benci kepadanya.
Rasul berkhidmat tanpa diketahuinya,
Hingga sampai waktu wafatnya,
Diganti oleh Saidina Abu Bakar untuk berkhidmat kepadanya,
Tapi dirasakan olehnya ada kelainan dari sebelumnya,
Kamu ni siapa?
Saidina Abu Bakar berkata “Saya Abu Bakar
Pengganti Rasul berkhidmat kepada kamu,
Yang Rasul itu sudah wafat”
Sibuta itu terkejut!
Rupanya yang berkhidmat padanya orang yang paling
dibenci,
Kerana terkejutnya menjadikan dia mati,
Tapi sempat dia mengucap dua kalimah syahadat,
Islamlah dia,
Kalau dia bersahabat atau berkawan
Mengutamakan kawannya,
Bahkan berkhidmat kepada sahabatnya,
Setiap orang yang bergaul, berpuas hati dengannya,
Setiap orang merasa dia dihormatinya,
Walaupun berbagai-bagai peringkat kedudukannya,
Mari kita teruskan cerita tentang nabi kita,
Supaya lebih terperinci lagi
Cerita dan beritanya,
Dia manusia luarbiasa kekasih Tuhannya,
Agar lebih nampak dia manusia istimewa,
Dia tidak akan makan sebelum lapar,
Dia akan berhenti sebelum kenyang,
Tidak macam manusia biasa,
Dia tidak suka makanan banyak jenis lauknya,
Kalau dia suka kerana Tuhannya,
Kalau dia marah pun kerana Tuhannya,
Bukan kerana peribadinya,
Dia wafat, boleh dikatakan tidak meninggalkan harta,
Dia tidak meninggalkan sembahyang jemaah,
Kecuali sekali saja didalam hidupnya,
Iaitu waktu sakit hingga membawa wafatnya,
Makan minumnya bukan diusahakannya,
Tetapi setiap kali hendak makan, ada rezekinya,
Tapi pengikutnya disuruh berusaha,
Terutama yang ada keluarga,
Dia tidak menerima upah,
Lebih-lebih lagi meminta upah,
Kerana usaha perjuangannya,
Tetapi ulama dihari ini, memakan upah
Dari usaha dakwahnya,
Seperti yang dibuat oleh kebanyakan ulama-ulama yang
cinta dunia,
Bahkan ada ulama yang meminta upah dari dakwah dan
pengajiannya,
Takut dengan Tuhan ketara dimukanya,
Dia beristerikan janda kaya, Khadijah namanya,
Hartanya diserahkan habis kepadanya,
Tetapi nabi korbankan harta itu semuanya,
Dan nabi, kalau dia berkawan, sebaik-baik kawan,
Kalau dia dirumah, sebaik-baik bapa,
Kalau dia bersama isteri, sebaik-baik suami,
Kalau dia memimpin, sebaik-baik pemimpin,
Kalau dia bercakap lantang suaranya,
Tegang urat marihnya,
Kalau dia bercakap bak mutiara,
Sangat berkesan pada jiwa orang yang mendengarnya,
Kalau dia berucap atau berpidato,
tidak ada gelak ketawa manusia yang mendengarnya
Kerana manusia yang mendengar insaf dibuatnya,
Tidak seperti ulama-ulama hari ini,
Kalau mereka bercakap gelak ketawa orang yang
mendengarnya,
Kerana yang dicakapkan itu dari lidahnya,
Bukan dari hatinya,
Nabi kalau bercakap singkat-singkat sahaja, tidak
meleret,
Tidak seperti kebanyakan manusia,
Dia bercakap pendek sahaja,
Tapi terhimpun berbagai-bagai ilmu didalamnya,
Dikatakan oleh hadis ‘jawa miul kalim’
Kata-katanya singkat tapi padat,
Kata-katanya singkat tapi maksudnya luas,
Kata-katanya singkat tapi puas dan menggetarkan jiwa,
Tidak seperti orang lain bercakap berjela-jela, isinya
tiada,
Masa terbuang cakapnya tidak menggetarkan jiwa,
Kita sambung lagi cerita nabi kita,
Nabi tidak suka berjalan-jalan membuang masa,
Juga tidak akan bercakap yang sia-sia,
Sekalipun tidak berdosa,
Kalau dia ketawa tidak berbunyi,
Insafnya dapat dilihat dimukanya,
Takutnya kepada Tuhan dimukanya ketara,
Dia melahirkan kegembiraan bila
Kawan-kawannya gembira,
Dia melahirkan kesedihan diatas kesedihan
kawan-kawannya,
Rasulullah mudah menangis
Kerana takuntukan Tuhannya,
Rasulullah tahu Tuhan kasih kepadanya,
Akhlaknya sungguh agung,
Tuhan memujinya,
Bahkan mengatakan dia yang paling bertaqwa dikalangan
manusia
Sebelum dan sesudahnya,
Seolah-olah dia tidak mendengar apa yang Tuhan kata
terhadap dirinya,
Tuhan berkata “Akhlaknya, sungguh agungnya,
tidak ada siapa boleh menandinginya,
tetapi dia tidak merasa bangga, dia tetap merasa
hamba”
Dia tetap dapat mengekalkan rasa takut dengan
Tuhannya,
Rasa kehambaan sentiasa didalam hatinya,
Bahkan tidak pernah putus daripada perasaannya,
Soal Tuhan memujinya itu hak Tuhannya,
Tapi dia tetap merasa hamba kepada Tuhannya,
Tawadhu’ dengan Tuhannya, sentiasa ada,
Sangat ketara, didalam hidupnya,
Dia berpakaian jubah dan serban,
Warna yang dia suka kebanyakannya putih dan hijau,
Warna lain ada juga dipakainya,
Tapi sekali sekala,
Makan yang dia suka, susu dan tamar,
Daging sebagai lauknya,
Itulah penguat badannya,
Demikianlah secara ringkas
Yang global tentang cerita nabi kita,
Yang tidak disebut berusahalah untuk mempelajarinya,
Didalam sejarah nabi kita ada dicerita,
Mukjizat banyak berlaku ditangannya,
Yang lahir dan yang batin,
Yang besar ialah Al Quran dan Al Hadith,
Yang kekal sampai keakhir zaman,
Untuk pengajaran dan panduan kepada manusia,
Demi keselamatan manusia dunia dan akhiratnya,
Tetapi apa yang disebutkan itu
Sudah memada,
Bagi orang yang tiada masa mengkajinya,
Kalau peribadi seseorang itu dapat menggambarkan
bayangan nabi kita,
Orang itu boleh menjadi ikutan manusia,
Kalau dia memimpin, Tuhan memberkatinya,
Betapalah kalau dia pemimpin yang Tuhan janjikan buat
manusia,
Tetapi apa yang berlaku diakhir zaman ini,
Orang yang menceritakan nabi,
Dia melupakan diri,
Dia menceritakan memujikan nabi,
Tapi dirinya tidak terpuji,
Kerana itulah banyak cakap tidak memberi kesan
Seseorang itu banyak cakap tidak menggambarkan sikap
nabinya,
Walaupun dia seorang pemimpin,
Orang tidak suka mengikutnya,
Lidahnya tidak masin,
Dia berkata tidak mengkotanya,
Bahkan orang yang mengata dan mencerca dibelakangnya,
Bahkan anak isterinya tidak menghormatinya,
Sekianlah adanya.

Thursday, February 25, 2010

HATI SEORANG GURU..

Hati seorang GURU......
Kekadang perlu sekeras waja
Ada masanya mesti selembut sutera

GURU....
Jika jiwamu tulus kerana Ilahi
Pasti lurus perananmu sebagai ......... !!

(apakah yg paling sesuai ?)

Anda ingin berubah...amalkan prinsip 3S..
1. MULAKAN DGN DIRI SENDIRI
2. MULAKAN SEDIKIT SEDIKIT
3. MULAKAN SEKARANG

Cuba le dan lihat hasilnya...

CERAMAH MAULIDUR RASUL - ASRAMA

TARIKH ; 24 FEB 2010
MASA : LEPAS MAGRIB
TEMPAT : SURAU ASRAMA
PENCERAMAH : UST Shamsul
SEMUA GURU DIJEMPUT
TUAN PENGETUA, WARDEN DSEMUA GURU DAN PELAJAR ASRAMA

Wednesday, February 24, 2010

PERLAWANAN PERSAHABATAN

PASUKAN BOLA SEPAK SMTLC LAWAN SMK MEGAT KHAS
TARIKH : 23 FEB 2010
MASA : 5.00 PTG
TEMPAT : SMK MEGAT KHAS

PASUKAN BOLA TAMPAR LAWAN SMT KUALA KANGSAR
PASUKAN SEPAK TAKRAW LAWAN SMT KUALA KANGSAR
TARIKH : 24 FEB 2010
MASA : 5.00 PTG
TEMPAT : SMT KUALA KANGSAR

LATIHAN RUMAH SUKAN PERTAMA

TARIKH : 24 FEB 2010
MASA :3.00 - 5.OO PTG
TEMPAT :-

KAWASAN SMTLC
PADANG YMCA

RUMAH MERAH ;
RUMAH HIJAU ;
RUMAH KUNING ;
RUMAH BIRU :

BERLATIHLAH DGN BERSUNGGUH2.

MESYUARAT PERTANDINGAN MTQ TAHUN 2010 PERINGKAT ZON KINTA

TARIKH : 23 FEB 2010
MASA : 2.30 PTG
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMT LEBUH CATOR

PENGERUSI : PENGETUA, EN MOKHTAR B ZAKARIA
WAKIL PPD : UST WAN
S/U : UST KHAIRULNAIM
WAKIL-WAKIL 23 SEKOLAH BERKAITAN.

TARIKH PERTANDINGAN : 27 MAC 2010
MASA : 8.00 - 5.00 PTG
TEMPAT : SMTLC

3 ACARA DIPERTANDINGKAN :-
HAFAZAN
SYARAHAN
TILAWAH

23 BUAH SEKOLAH MENYERTAINYA

BAYARAN YURAN :-
RM 200.00 SEKOLAH BIASA
RM 150.00 SEKOLAH SATU JANTINA

BAYAR KPD PIBG SMT LEBUH CATOR IPOH

Saturday, February 20, 2010

Kursus Pengurusan STOK

Tarikh : 20 Feb 2010
Masa : 8.30 -12.00 Tgh
Tempat : SMTLC
Penceramah : En Kamarulzaman - Pusat Penyelenggara Alat Sg Buluh

Kandungan :- Definasi dan amalan praktis
1. Pekeliling PP 5/2009
2. Perbezaan stor, stok, barang-barang inventori

3. Kew. PS – 3 - Kad Kawalan Stok
3.1. Bahagian A
3.2. Bahagian B
4. Kew. PS – 4 – Kad Petak
5. Kew. PS – 5 –Senarai Daftar Kad Kawalan Stok
6. Kew. PS – 13 – Laporan Kedudukan Stok
7. Kew. PS – 14 - Laporan Pemeriksaan Stok
8. Kew. PS – 15 – Laporan Tahunan Stor
9. Kew. PS – 16 - Laporan Tahunan Verifikasi Stor
10. Kew. PS – 20 - Laporan Tahunan Pelupusan Stok
11. Kew. PS – 22 - Laporan Tahunan Kehilangan Stok

Soalan : Nyatakan kegunaan setiap kad, dimana nak letak, beza definasi stor, stok. Kalau tak boleh jawab..anda sebenarnya terlena semasa kursus….ha ha dptkan nota. Cari kandungan pekelling PP 5/2010. Bila Kuat Kuasa dan pekeliling mana yg terbatal ?

Friday, February 19, 2010

LAWATAN KERJA TN PENGARAH TUAN HJ AHMAD TAJUDDIN JAB







TARIKH ; 19 FEB 2010
MASA : 3.30 - 5.00 PTG

-TN PENGARAH DAN ISTERI


LAWATAN KE :-
BENGKEL EK
-TAPAK LATIHAN PASUKAN BOLA JARING DAN SEPAKTAKRAW
-ASRAMA - DORM, CATOR'S LODGE (TEMPAT MENGINAP) SMTLC
-PEJABAT, BILIK GERAKAN DAN JAMUAN...
-SESSI BERGAMBAR.

-PEMANDU :UJANG



MESYUARAT WARDEN

TARIKH : 19 FEB 2010
MASA : 3.00 PTG
TEMPAT : MEJA BULAT

Bagaimana menambah baik pengurusan asrama.
Mengambil keputusan bersama kes2 disiplin.

MESYUARAT RUMAH SUKAN

TARIKH : 19 FEB 2010
PILIHLAH WAKIL RUMAH YG MANTAP...
TUAN PENGETUA RUMAH MERAH....

Thursday, February 18, 2010

PERTANDINGAN INOVASI SAINS PERINGKAT ZON UTARA


TARIKH : 27-29 FEB 2010
TEMPAT : KANGAR

PROJEK 1 : KENDERAAN PELBAGAI GUNA DILENGKAPI MESIN MIXER DAN TANGGA FLEKSIBEL


PROJEK 2 : PEN TIDAK MENGANTUK (AROMATHERAPIC INK)

BIASA MENGANTUK ?..MINUM KOPI PANAS...AWAS !! KENCIN MANIS DAN KETAGIHAN...GUNALAH PEN SMTLC..PASTI PUAS HATI...TUNGGU KERTAS KERJA, GAMBAR DAN PERSEMBAHAN PROJEK.. KHAS UNTUK SEMUA PELAJAR DARI PERINGKAT SEKOLAH HINGGA KE PUSAT PENGAJIAN TINGGI...TUNGGU !!

Tuesday, February 16, 2010

PERTANDINGAN SUKAN DIPERINGKAT DAERAH 2010

PELAJAR YANG BERMINAT MENYERTAI PASUKAN ELITE SEKOLAH DALAM PERTANDINGAN TERSEBUT SILA BERJUMPA GURU PENASIHAT SEPERTI DIBAWAH :-

BERMINAT SILA BERJUMPA GURU BERKAITAN

1. Sukan Dan Permainan (Pasukan Elite Sekolah)
Penyelaras Sukan & Permainan Pn. Norfarihan Bt Hamid

1. Bola Sepak
En. Saidin Bin Dahalan (K)
En. Shamsudin Bin Dahlan
En Tamrin Bin Tola

2. Bola Jaring
Cik Siti Hasma bt Mohamad
Cik Nurhayati Bt. Abdul Latif
Cik Noor Idayu bt Basri

3. Bola Baling
En. Zulhaidi Alifitri Bin Zakaria
Pn. Norshamshinar Bt. Ghazali

4. Bola Tampar
En. Muhammed Haslan Bin Mohd Kamal
En. Muhammad Hafizhan Bin Ariffin

5. Sepak Takraw
En. Samsul Bin Itam
En. Bukhari Bin Taib

6. Tenis
Tn. Hj. Ab Rani Bin Ab Manan
En. Adli Bin Muhamad Idris

7. Badminton
En. Mohd Firdaus Bin Osman
En. Nelson Talep

8. Olahraga
En. M.S. Ramarao
Pn. Nor’ Ain Bt. Suaaib
Pn. Norfarihan Bt Hamid

9. Ping Pong
En. Ch’ng Kok Eang
Pn. Norazzah Bt. Abdullah

10. Sofbol
En. Mohd Khairi Bin Ahmad
Pn. Putri Nurul Qamar Bt Megat Azra’ai

11. Ten Pin Bowling
Ym. Raja Ahmad Bin Raja Mohd Noor
Cik Kiau Zahrah Bt Yusuf

12. Ragbi
En. Suhaimi Bin Saadan
En. Ahmad Annuar Bin Osman @ Othman
En Abdul Basidh B Abdul Rahman

13. Hoki
En. Sabree Bin Abu Khairi
Cik Siti Aznul Shereen Bt Abdull Rahman

14. Petanque
Pn. Mawaddah Bt. Mustafa
En. Noranuar Bin Ariffin

15. Memanah
En. Embok UnggaH B EMBOK TAHAK
En. Abd Razak

"Berlatih - berlatih bersungguh-sungguh kerana allah,,,jgn tinggal sholat asar dan magrib tau. Berlatih utk dptkan kemahiran dan stamina dgn tenaga, gunakan akal untuk mengatur strategi serangan dan pertahanan dan tingkatkan kerjasama dalam pasukan .

Monday, February 15, 2010

MESYUARAT TEMASYA KEJOHANAN TAHUNAN 2010

TARIKH : 18 FEB 2010
MASA : SELEPAS TAKLIMAT GURU
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMTLC

MESYUARAT RUMAH SUKAN : 19 FEB 2009
MASA : AKAN DIMAKLUMKAN

MOTIVASI MASA CUTI

"MERANCANG MATI UNTUK HIDUP"

Perancangan untuk hidup perlu tetapi perancangan untuk mati lebih perlu. Sebab kematian bukanlah satu pengakhiran tetapi satu permulaan kepada hidup yang tidak mati-mati lagi.
Oleh itu..rancang apa yg nak dilakukan atas niat untuk taat kpd Allah. berdasarkan prinsip syariat dan akhlak supaya jadi ibadah.
Bila jadi ibadah, maka jadilah amalan taqwa. Taqwa pastinya menuju akhirat.
Oleh itu rancanglah untuk mampu menjawab soalan alam barzakh, alam mahsyar dgn amal yg tulus dan ikhlas.

Ikhlas.....
Ikhlas itu bebas !!!!!
Orang yg ikhlas itu tidak ada sesuatu apa pun di dalam hatinya, melainkan Allah.

Nak tahu satu rahsia kegagalan...
"CUBA MENYUKAKAN HATI SEMUA ORANG"

Sesiapa yg cuba menyukakan hati semua orang, akan berakhir dgn semua orang tidak akan suka kpd nya !!!. (kerana kita tidak akan dapat memuaskan hati semua org,pasti ada yg suka dan tidak suka bergtg kepentingan masing-masing).
JIka kita melakukan sesuatu hanya kerana Allah,org yg suka kpd Allah akan suka kpd kita, Allah akan redha, tetapi jika kita melakukan sesuatu bukan kerana allah,belum tentu semua makhluk suka (kecuali makhluk yg tak suka ikut perintah allah..suka la), sudah tentu allah tidak redha...kan itu punca kegagalan.

Sehubungan dengan itu marilah kita bersama-sama membetulkan niat, matlamat kita menjalankan tanggungjawab kita dalam semua bidang dengan tulus dan ikhlas kerana Allah. (Sebagai pelajar - belajar bersungguh2 kerana allah, sebagai staf - beri khidmat yg terbaik kerana allah (masa, tenaga, material dan fikiran). Jangan kita tertipu dengan amal yg baik tetapi hampas...sebab niat dah rosak kerana makhluk/manusia.
wallahualam

Friday, February 12, 2010

SELAMAT TAHUN BARU CINA



DIUCAPKAN KEPADA GURU-GURU BERBANGSA CINA
KHAS UNTUK CHEAH, HELEN, CH'NG DAN
SEMUA PELAJAR CINA... HATI-HATI BERHARI RAYA.

PERTANDINGAN BOWLING TENPIN ANTARA TEKNIK UNTUK STAF

TARIKH :
MASA : 4.00 - 10.00 MALAM
TEMPAT : IPOH PARADE

8 SMT ZON PERAK MENGAMBIL BAHAGIAN...


SLIDE

Thursday, February 11, 2010

Program Minggu ini. 8 Feb - 12 Feb 2010

Kelas Tambahan Fasa 1 Bermula
Tarikh : 3 Feb hingga 11 mach 2010
Masa : 3.00 - 5.00 petang
rujuk jadual yang diberi..

Perlawanan persahabatan.
11 feb 2010
3.00 petang
BOLA SEPAK ; SMTLC LAWAN SMT IPOH - SERI 3 SAMA
RAGBI : SMTLC LAWAN SMT TAIPING - 10/16
slide

Memperkenalkan Pasukan Elite Memanah.
11 feb 2010
3.00 petang
slide



Kursus dalaman Kadet Pertahanan Awam
11 feb 2010
3.00 petang
slide

Kelas Tarannum Tuan Pengetua

Hari : Setiap Selasa Malam Rabu
Masa : Selepas Magrib hingga Isyak
Peserta : Pelajar dan Guru yang Berminat.
Fasilitis ; SURAU AIRCOND SEPENUHNYA... SEJUKKK




Friday, February 5, 2010

PROGRAM MERENTAS DESA TAHUN 2010
















TARIKH : 5 HB FEB 2010
MASA : 7.30 AM - 10.30 PAGI
TAPAK PERHIMPUNAN

SLIDE 1


SLIDE 2


SLIDE 3


SLIDE 4
Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini