Thursday, September 30, 2010

PERTANDINGAN BINA BLOG ASRAMA

TARIKH : 25 SEPT 2010

LAWATI :

1. Nurul Amirah binti Zainal
2. izzatul syafinaz
3. HIDAYAH
4. DIYANA
5. marzatul syahirah

KOMEN :...
UNTUK MEMANTAPKAN LAGI BLOG ANDA SILA TAMBAH MAKLUMAT BERIKUT :-
anda masih lagi diberi masa untuk membaiki....pelajar lain berminat sila sms 0195510067 alamat blok anda.

1. JAM
2. KALENDER
3. FRAME UNTUK CHAT (ruangan berbicara )
4. lagu yang bermakna dan bermotivasi
5. kata hikmat
6. Gambar aktiviti sekolah yg menggambar keaktifan sekolah --guru dan pelajar
7. gambar-gambar yg ada motif yg diambil drp luar.
8. Latar belakang yg lebih ceria.
9. nama penuh, kelas ....butir diri le...dan gambar penuh muka.

Wednesday, September 29, 2010

PENGUMPULAN BUKU PENILAIAN KOKURIKULUM PELAJAR

TARIKH KUTIPAN : 29 SEPT.

SILA HANTAR KEPADA S/U KOKU.
KEMASKINI MAKLUMAT PENGLIBATAN...RUJUK panduan LINK SEBELAh atau klik

PERTANDINGAN RAGBI TERBUKA SMT

TARIKH : 9 OKT 2010
TEMPAT : SMT TAIPING
MASA : 8.00 - 6.00 PM
15 PELAJAR TERLIBAT...

PERTANDINGAN SOFBOL (L) ZON PERAK - SMT

TARIKH : 8 -9 OKT 2010
TEMPAT : SMT K K
15 PELAJAR TERLIBAT...JOHAN AKAN KE PERINGKAT KEBANGSAAN DI JOHOR

PERKHEMAHAN KRS PERINGKAT KEBANGSAAN


TARIKH : 4 - 8 OKT 2010
TEMPAT : KEM CHENOQ PAHANG
MASA BERGERAK ; 8.00PG
BAS 1 : SMTLC, SMT BOTA (BAS), SMTI
BAS 2 : SMTSM (BAS), SMTTI, SMTSR
BAS 3 : SMTG(BAS), SMTK, SMTT, SMTKK

KUMPUL : DI SMTSR (10 PG)
SETIAP SEKOLAH : 5 LELAKI, 5 PEREMPUAN.
Zon Perak : 100 org pelajar dan 10 org guru.

Tuesday, September 28, 2010

MAJLIS MERAIKAN PERSARAAN PENGETUA SMT MANJUNG






TARIKH : 29 SEPT 2010
MASA : 3.00 PTG
TEMPAT : HOTEL HERITAGE IPOH

AJK : SMTLC
AJK PENDAFTARAN, TERIMA BAYARAN DAN PENYAMPAIAN HADIAH : HJ MOHAMAD DAN HJH NORAINYI
AJK CENDERAHATI DAN SAMBUTAN : CIK NOOR JASMIN.
AJK JURUACARA : EN AHMAD DARIMI
AJK FOTOGRAFI : NORANUAR

KEMBALINYA CIKGU NORMISIDI DRP HONGKONG




TARIKH : 28 SEPT 2010

SALAM..UTK SEMUA GURU SMTLC..


Monday, September 27, 2010

LAWATAN PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA




TARIKH : 27 SEPT 2010
MASA :3.00 PTG
ATURCARA :

LAWATAN KE BENGKEL UTK MELIHAT REKABENTUK GIMIK.
JAMUAN RINGAN DAN PERBINCANGAN DENGAN PENGETUA.

Saturday, September 18, 2010

TAKZIAH KPD KELUARGA ARWAH HJH HALIMATON

TARIKH : 18 SEPT 2010
MASA : 7.45 PG
TEMPAT : HOSPITALIJN K.L
JENAZAH AKAN DIKEBUMIKAN DI SG ROKAM HARI INI..

MARILAH MEMBACA SURAH FATIHAH DAN HADIAHKAN PAHALA NYA KPD BELIAU...

Thursday, September 16, 2010

PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR 2000 - 2001



TARIKH : 16 SEPT 2010
TEMPAT : SMTLC
MASA : 8.00 - 4 .00 PTG

KEHADIRAN : 104 BEKAS PELAJAR

TETAMU :
CIK NOOR JASMIN
MOHAMAD
AHMAD DARIMI
ROASLAN
BUKHARI
ROSIDI
NORANUAR
RAJA AHMAD
SAMSUL
HJ AMRAN


Sunday, September 12, 2010

FOKUS MENGHadapi PEPERIKSAAN SPM SEBENAR


BAGAIMANA MENGULANGKAJI
Antara perkara-perkara yang anda harus lakukan dalam proses mengulangkaji adalah dengan:
1. Membaca dan menyemak nota-nota bahan-bahan pelajaran. Lengkapkan yang kurang. Ini akan memantapkan kefahaman dan ingatan anda terhadap subjek berkenaan.
2. Membaca buku teks. Tujuannya untuk memastikan anda benar-benar faham setiap prinsip, isu dan fakta yang dimuatkan.
3. Menjawab soalan-soalan latihan atau kerja rumah yang guru berikan. Ini akan membolehkan anda menguji kebolehan anda menjawab soalan yang sama dalam peperiksaan.
4. Mengkaji contoh-contoh jawapan peperiksaan tahun lepas bersama skima jawapan. Ini akan membolehkan anda membiasakan diri menjawab soalan-soalan peperiksaan dengan lebih yakin dan pantas.
5. Menjawab soalan-soalan yang berbentuk objektif. Ini akan membolehkan menge-tahui soalan-soalan yang anda sudah tahu menjawabnya dan soalan-soalan yang mengelirukan agar semasa peperiksaan jika soalan yang sama keluar, anda akan dapat menjawab dengan yakin.
6. Bersoal jawab bersama-sama rakan. Selain ini membolehkan anda mengenalpasti sama ada anda sudah cukup bersedia atau tidak menghadapi peperiksaan, pada masa yang sama, anda juga boleh mendapat penjelasan tentang bahagian-bahagian yang anda kurang faham dari rakan anda yang mungkin sudah menguasai bahan pelajaran itu.


Merancang Program Mengulangkaji
1. Buat jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20 hingga 30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit.
2. Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan "hint" (bayangan) tentang topik yang mungkin akan disoal di dalam peperiksaan.
3. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun yang lalu supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.
4. Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran.
5. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka akan keluar.
6. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan yang lepas.
7. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan yang lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.
8. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.
9. Jangan sekali-kali ponteng kelas ketika hampir peperiksaan. Anda mungkin tertinggal tip-tip penting yang diberikan oleh guru atau pensyarah anda.
Pembahagian Mata Pelajaran Dalam Mengulangkaji
Mata Pelajaran Yang Anda Lemah
1. Cuba sedaya upaya kuasai mata pelajaran ini. Jangan berputus asa.
2. Banyakkan bertanya kepada guru atau rakan tentang mata pelajaran ini.
Mata Pelajaran Yang Anda Kuat
1. Jangan ambil mudah walaupun anda fikir sudah menguasainya.
2. Beri masa yang secukupnya kepada pelajaran ini untuk memastikan kejayaan anda.
3. Bila hampir hari peperiksaan, lebihkan lagi tumpuan anda kepada mata pelajaran seperti ini.

Menilai Keupayaan Anda
Anda haruslah menilai sejauh mana anda dapat menjawab soalan-soalan peperiksaan. Berikut ini dipaparkan beberapa cara di mana anda boleh menilai serta memperbaiki keupayaan anda menjawab soalan-soalan dalam peperiksaan.
1. Penilaian Dari Ujian dan Latihan Ujian / Peperiksaan yang dijalankan dalam kelas merupakan satu bentuk penilaian terhadap keupayaan anda. Berdasarkan keputusan ujian / peperiksaan tersebut, anda akan dapat mengetahui tahap penguasaan anda terhadap mata pelajaran-mata pelajaran anda. Melalui keputusan ujian tersebut, anda boleh memperbaiki segala kelemahan anda bagi menghadapi peperiksaan yang sebenar dengan jayanya.
2. Penilaian Dari Contoh Jawapan Anda juga boleh menguji tahap keupayaan anda dengan menjawab soalan-soalan contoh jawapan. Selepas anda menjawab soalan contoh jawapan, bandingkan jawapan anda dengan contoh jawapan. Kenalpasti di manakah kelemahan anda dan buat pembaikan sewajarnya.
3. Penilaian Secara Lisan Contohnya, seorang pelajar menyoal kawannya dan meminta beliau menghuraikan secara lisan sehingga yang satu pihak lagi berpuas hati.


Mengatasi Kelemahan
Mencari Sebab (Post-Mortem)
Anda perlu mengkaji kelemahan anda setiap kali anda selesai menjawab soalan-soalan ujian. Setelah anda selesai membuat latihan ujian, semak setiap jawapan yang anda buat. Sekiranya jawapan anda salah, lakukan 'post-mortem' (suatu proses mencari sebab kelemahan dan kekuatan). Setiap kesilapan ada sebab-sebabnya dan ini merupakan perkara utama yang perlu anda atasi.

Sebab-sebab kesalahan berlaku:
1. Anda Tidak tahu - Ini bermakna persediaan anda belum mencukupi. Penyelesaian: Peruntukkan masa yang sewajarnya untuk anda menguasai tajuk-tajuk tersebut.
2. Anda Tidak faham - Anda baca tetapi tidak faham. Penyelesaian: Minta bantuan. Bertanyalah kepada guru atau rakan anda.
3. Anda Keliru – Anda tidak dapat memahami dengan jelas apa yang anda ingin pelajari atau fahami. Penyelesaian: Tanyakan guru tentang bentuk soalan yang mengelirukan anda. Minta penjelasan dari guru sebelum hari peperiksaan agar kesilapan yang sama tidak berulang.
4. Anda Lupa - Ini disebabkan anda kurang mengulangi atau mengulangkaji apa yang telah anda pelajari. Penyelesaian: Kerapkan ulangkaji.
5. Anda Cuai – Anda tidak teliti semasa membaca soalan. Penyelesaian: Pastikan anda mengikuti langkah-langkah penting dalam Strategi Menjawab Soalan. Pastikan anda benar-benar sudah memahami kehendak soalan sebelum menjawab.
Umumnya, kelemahan-kelemahan anda boleh diatasi dengan:-
· Segera / selalu bertanya kepada guru/rakan tentang masalah anda dalam pelajaran.
· Mendapatkan jawapan-jawapan yang betul bagi jawapan yang salah.
· Mengulangkaji dan membaca nota-nota anda dengan kerapkali. Memahirkan diri dengan teknik menjawab soalan berpandukan contoh jawapan. EBuku MOTIVASI, Strategi Belajar & Teknik Menghadapi Peperiksaan

Tuesday, September 7, 2010

DOA, NASIHAT DAN INGATAN KEPADA ANAK-ANAK PELAJAR

Hayatilah dan amalkan dalam kehidupan anak-anak PELAJAR SMTLC dengan Wasiat Luqman a.s pada anaknya:

Anakku, suruhlah orang melakukan kebaikan, tegahlah kemungkaran dan sabarlah kamu atas segala yang menimpa.
Wahai anakku, ingatlah ALLAH banyak-banyak sesungguhnya ALLAH mengingati orang-orang yang mengingati-NYA.
Anakku, janganlah engkau cinta dunia kerana engkau tidak dicipta untuk dunia dan ALLAH tidak mencipta suatu pun yang lebih hina dari dunia.
Anakku, janganlah engkau gembira dengan kesihatan yang berpanjangan dan sembunyikanlah kesusahan yang menimpamu.
Anakku, cukuplah dengan yang sedikit dan redalah dengan apa yang kamu dapat.
Anakku, bersahabatlah dengan orang-orang bijaksana.
Anakku, bercakaplah dengan kata-kata yang baik dengan orang lain dan duduklah dengan ahli-ahli zikir.
Anakku, laksanakanlah hajat-hajat sekadar yang perlu dan elak daripada perkara yang tidak berkaitan denganmu.
Anakku, banyakkanlah diam.
Anakku, janganlah biarkan ayam lebih cerdik daripadamu.
Manfaatkanlah apa yang ALLAH ajarkan kepadamu.
Anakku, sepandai-pandai manusia adalah yang paling takut pada ALLAH.
Engkau hendaklah tawaduk (merendah diri).
Anakku, seorang yang keji apabila berkata-kata akan kelihatan kejahatannya melalui lidahnya dan apabila dia senyap pun, nescaya kejahatannya diketahui juga.
Anakku, fahamilah erti hikmah dan jadikanlah akhlakmu berhikmah.
Anakku, kenapakah engkau menghilangkan hartamu sendiri dan memperbaiki harta orang lain.
Anakku, elakkan daripada menolak permintaan orang lain dan terimalah keuzuran yang diminta oleh orang lain.
Anakku, tidak ada yang lebih bernilai disisi ALLAH, lebih daripada akal.
Wahai anakku, selalulah bertemu ulama dengan kedua kakimu, janganlah engkau berbahas (berlawan kata) dengan mereka nescaya mereka akan membencimu.
Pemberian ALLAH yang sedikit lebih bermanfaat daripada akalmu yang banyak.
Jauhilah para pengumpat dan pengadu domba kerana ia menyebabkanmu susah.
Jika engkau bersahabat, carilah yang pemurah.
Amanahlah pada setiap urusan kerana ia adalah sikap yang terpuji.

DOA.....

" Ya ALLAH Ya Rahman Ya Rahim, Jadikanlah anak2 kami anak yang cerdik berakal, berilmu dan beramal soleh, fasihkan lidah anak2 kami dalam membaca Al-Quran dan Hadith Rasulullah S.A.W, perelokkanlah akhlak perangai anak2 kami, seindah akhlak Rasulullah S.A.W, jadikan anak2 kami anak2 yang soleh solehah, bakal hafiz hafizah, alim alimah, dai'e dai'yah di jalanMU, berikanlah kebaikan kepada mereka kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Mendengar lagi Maha Penyayang

Sunday, September 5, 2010

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

DI UCAPKAN KEPADA SEMUA WARGA SMTLC....GURU,, STAF, IBUBAPA , PELAJAR DAN BEKAS PELAJAR...

Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai oleh Allah serta agama paling sempurna. Firman Allah S.W.T:


"Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu dan Aku telah cukupkan nikmat-Ku kepadamu, dan Aku telah redha Islam itu menjadi agamamu." - Surah al-Maaidah: 3.


Kesempurnaan Islam itu terserlah apabila ia mampu menangani segala permasalahan manusia secara menyeluruh. Islam telah membicarakan isu-isu bersifat global seperti sistem ekonomi, sistem pemerintahan malah ia juga membicarakan sekecil-kecil perkaraseperti adab masuk ke tandas dan beristinjak. Oleh itu, tidak hairanlah sekiranya Islam juga telah memberikan garis panduan berkaitan tatacara menyambut hari-hari kebesarannya seperti hari raya Aidilfitri ini. Adalah penting bagi kita untuk sentiasa menjadikan al-Quran dan sunnah sebagai petunjuk dalam mengendalikan upacara sambutan Aidilfitri kerana inilah masa untuk kita semua membuktikan bahawa kita benar-benar telah menjadi seorang insan yang bertakwa setelah melalui bulan Ramadan kerana padanya terdapat ibadah puasa yang berupaya membentuk golongan muttaqin(orang yang bertakwa). Justeru itu, ada baiknya sekiranya kita mengetahui apakah amalan-amalan yang telah diajar oleh Rasulullah s.a.w sempena menyambutketibaan hari lebaran Aidilfitri ini.


• Bertakbir.


Bertakbir pada tarikh 1 Syawal bersempena Aidilfitri merupakan suatu amalan yang disyariatkan. Takbir pada hari Aidilfitri bermula ketika terlihatnya hilal (anak bulan) dan berakhir setelah selesainya kemuncak hari raya, iaitu ketika imam selesai berkhutbah. Firman Allah S.W.T:


"Supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), supaya kamu membesarkan Allah (dengan bertakbir) kerana telah memberi petunjuk-Nya kepada kamu dan supaya kamu bersyukur." – Surah al-Baqarah:185.


Adalah juga disunnahkan untuk kita bertakbir disepanjang perjalanan dari rumah kita menuju ke masjid untu menunaikan solat Aidilfitri. Menurut Syeikh Muhammad Nasiruddin al-Albani r.h:


"Mengenai syariat bertakbir (pada hari raya Aidilfitri) yang perlu dilakukan oleh kaum muslimin ialah bertakbir dengan suara lantang ketika dalam perjalanan menuju ke tempat solat walaupun kebanyakan umat Islam mula memandang remeh sunnah ini." – RujukKitab Meneladani Rasulullah S.a.w Dalam Berhari Raya, karya Syeikh Ali Hassan bin Ali al-Halabi al-Atsari, ms. 32


Bertakbir sejak mula keluar dari rumah bertujuan menyerlahkan syiar Islam di setiap pelusuk jalan yang dilalui ketika menuju ke tempat solat.


• Lafaz ucapan selamat pada hari raya Aidilfitri.

Majoriti amalan umat Islam di Malaysia akan mengucapkan antara satu sama lain pada hari lebaran dengan ucapan ‘Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir dan Batin’. Namun, apa yang lebih bertepatan dengan amalan para salafussoleh dalam meneladani sunnah Nabi s.a.w adalah sebagaimana yang diceritakan oleh al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani r.h yang dinukilkan daripada Jubair bin Nufair r.a katanya:


“Apabila para sahabat Rasulullah s.a.w bertemu di hari raya, sebahagian mereka mengucapkan kepada yang lain ‘taqabbalullah minna waminka’ (Semoga Allah menerimaamalan kami dan amalanmu).” – Rujuk Fath al-Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-'Asqalani, , jil. 5, ms. 270-271. Menurut beliau hadis ini berstatus hasan.


.• Meneruskan qiamullail

Jika sepanjang bulan Ramadan kita telah bersungguh-sungguh menghidupkan malam kita dengan pelbagai ibadah terutamanya solat qiyam Ramadan (solat tarawih), ia seharusnya diteruskan juga pada hari-hari berikutnya dengan mengerjakan solat tahajjud. Saranan ini tidak bermaksud mengkhususkan pada malam Aidilfitri untuk dikerjakan qiamullail. Apa yang cuba ditekankan di sini adalah semangat mengerjakan qiyam Ramadan (solat tarawih) haruslah diteruskan dengan mengerjakan qiamullail pada hari-hari berikutnyasesudah bulan Ramadan.


• Mandi pada pagi hari raya.

Disunnahkan mandi di pagi hari raya sebagaimana mandi wajib, iaitu sebelum berangkat menuju ke tempat perlaksanaan solat Aidilfitri. Ali bin Abi Thalib r.a pernah ditanya mengenai mandi. Adakah diharuskan mandi setiap hari? Beliau menjawab:


"Tidak harus melakukannya. Namun, mandi yang diharuskan ialah mandi pada hari Jumaat, hari Arafah, hari Aidiladha dan Aidilfitri." - Hadis riwayat Imam Syafie di dalam Musnad al-Syafi’i, jil. 1, ms. 118-119.


• Makan sebelum solat Aidilfitri.

Disunnahkan kaum muslimin menjamah makanan sebelum berangkat menunaikan solat Aidilfitri. Perbuatan ini bertujuan menutup segala andaian bahawa dibenarkan berpuasa pada hari raya. Menurut al-Muhallab r.h:


"Mengenai hikmah menjamah makanan sebelum mengerjakan solat hari raya adalah agar seseorang tidak berpendapat bahawa dia boleh berpuasa sehingga solat hari raya Aidilfitri dilaksanakan. Seolah-olah Rasulullah s.a.w ingin menutup prasangka semacam ini." - Rujuk Fath al-Bari, jil. 5, ms. 272.


Kebiasaannya, Rasulullah s.a.w akan memakan kurma dalam jumlah yang ganjil pada pagi hari raya. Namun, tidak bermakna umat Islam perlu menyediakan buah kurma untuk dimakan pada pagi hari raya Aidilfitri. Mereka bebas memakan apa sahaja. Tetapi, mengikut sunnah itu lebih baik daripada menyanggahinya. Sedangkan, sunnah itu termasuk perkara tauqifi (tidak boleh dipersoalkan). Anas bin Malik r.a berkata:


“Rasulullah s.a.w tidak akan pergi ke tempat solat pada pagi Aidilfitri sebelum memakan beberapa biji kurma.” Murajja’ bin Raja’ berkata: Ubaidillah menceritakan kepadaku bahawa Anas r.a berkata: Rasulullah s.a.w memakannya dalam jumlah yang ganjil.” - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 953.


Namun, jika tidak memiliki kurma maka dibolehkan untuk mengisi perut dengan makanan lain terutamanya makanan yang manis-manis seperti madu. Sekiranya tidak ada makanan sama sekali, memadai dengan hanya meminum air.


• Memakai pakaian yang indah.

Disunnahkan kaum muslimin menghiaskan diri dengan pakaian yang indah-indah pada hari raya. Imam Syafier.h berkata:


"Aku lebih menyukai seseorang memakai pakaian terbaik yang dimilikinya pada hari-hari raya, iaitu pada hari Jumaat, dua hari raya (Aidiladha dan Aidilfitri) dan tempat diadakan majlis (seperti majlis perkahwinan). Dia hendaklah memakai baju yang bersih dan memakai wangi-wangian." – Rujuk Ringkasan Kitab Al-Umm, Imam al-Syafi’I, jil. 1, ms. 327.


Bagi kaum wanita pula walaupun disunnahkan memakai pakaian yang terbaik, namun mereka hendaklah menghindari dari memakai pakaian yang bercorak-corak serta perhiasan yang berlebih-lebihan sehingga menarik perhatian golongan lelaki. Bagi golongan kanak-kanak pula, Imam Syafie r.h menambah:


"Mengenai golongan kanak-kanak pula, mereka boleh memakai pakaian paling bagus yang dimilikinya, baik lelaki mahupun perempuan dan mereka juga boleh memakaiperhiasan emas atau apa sahaja perhiasan." – Rujuk Ringkasan Kitab al-Umm, Imam Syafie, jil. 1, ms. 327.


Semoga di pagi hari raya kita akan memilih pakaian yang terbaik serta paling mahal mengikut kemampuan masing-masing menuju ke tempat solat hari raya. Disunnahkan juga bagi kaum lelaki memakai wangi-wangian tetapi tidak disunnahkan kepada kaumwanita. Sabda Rasulullah s.a.w:


"Mana-mana wanita yang memakai wangian lalu dia melintas di hadapan lelaki supaya mereka dapat menghidu kewangiannya, dia adalah penzina." - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya. no: 5036.


Namun begitu bukanlah bermakna kaum wanita harus membiarkan dirinya berbau busuk. Islam adalah agama yang menitik-beratkan kebersihan serta kesihatan diri. Dibenarkan bagi wanita untuk memakai wangian yang keharuman sekadar untuk menjaga dirinya dari berbau busuk dan tidak sehingga menarik perhatian orang di sekelilingnya. Haruman-haruman yang kuat dan boleh menaikkan nafsu berahi hanyalah khusus untuk suaminya.


• Berjalan kaki menuju tempat dikerjakan solat hari raya.

Umat Islam dianjurkan berjalan kaki menuju ke tempat solat Aidilfitri jika tidak keberatan. Ali bin Abi Thalib r.a:


"Termasuk sunnah, iaitu engkau berjalan kaki menuju ke tempat solat hari raya dan memakan sesuatu sebelum berangkat." - Hadis riwayat al-Tirmizi di dalam Sunannya, no: 487.


Namun begitu bagi yang sesiapa yang perlu menggunakan kenderaan kerana tempat solat terlalu jauh, ia dibolehkan dalam syarak. Tetapi, berjalan kaki menuju ke tempat solat lebih afdal berbanding menaiki kenderaan.


. Mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya.


Disunnahkan juga mengikuti jalan yang berbeza ketika pergi dan kembali dari mengerjakan solat hari raya. Jabir bin ‘Abdullah r.a berkata:

"Nabi s.a.w melalui jalan yang berbeza pada hari raya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 986.


Imam Ibn Qayyim al-Jauziyyah r.h berkata:

"Baginda s.a.w selalu melalui jalan yang berbeza ketika menuju dan pulang dari tempat solat pada hari raya. Ada yang berpendapat, hal ini dilakukan agar dapat bersalaman dengan orang-orang yang melalui kedua-dua jalan itu. Sebahagian lain berpendapat untukmemberikan barakah kepada mereka. Ada juga berpendapat untuk memberikan pertolongan kepada mereka yang memerlukannya di kedua-dua jalan itu. Menurut pendapat lain pula untuk menampakkan syiar Islam di jalan-jalan. Pendapat yang lebih tepat adalah supaya perjalanan yang ditempuh lebih jauh (banyak langkahnya). Orang yang berjalan ke masjid atau tempat solat, salah satu langkah kakinya akan meninggikandarjat. Sedangkan langkah kaki yang lain akan menghapuskan kesalahan-kesalahannya." - Rujuk Zaadul Ma'ad, Ibn al-Qayyim al-Jauziyyah, ms. 49.


• Tempat perlaksanaan solat hari raya.

Sunnah mengerjakan solat hari raya di kawasan lapang atau musholla (tempat terbuka seperti padang sehingga khatib dapat melihat semua hadirin) merupakan satu amalan yang jarang dilakukan di Malaysia melainkan beberapa kelompok kecil yang benar-benar kuat berpegang kepada sunnah Nabi s.a.w. Apakah musholla itu berbeza dengan masjid? Abu Said al-Khudri r.a berkata:


"Pada hari Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w keluar menuju ke musholla. Ketika itu, perkara pertama yang dilakukan oleh baginda ialah mengerjakan solat hari raya (tanpa ada sebarang solat sunat)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.


Tentang hikmah mengerjakan solat hari raya di musolla, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan telah berkata:


"Sesungguhnya mengerjakan kedua-dua solat hari raya di tanah lapang mengandungi hikmah yang besar. Di antaranya adalah seluruh kaum muslimin setidak-tidaknya mereka boleh berkumpul bersama (bersua muka) dua kali dalam setahun. Semua orang dariseluruh pelusuk negeri akan berkumpul di sebuah tempat sama ada lelaki, perempuan atau kanak-kanak. Mereka semua menghadap Allah dengan hati yang penuh konsentrasi, dikumpulkan dengan satu kalimat (tauhid), solat di belakang seorang imam, membaca takbir dan tahlil bersama dan berdoa kepada Allah dengan penuh ikhlas. Seakan-akan hati mereka terikat menjadi satu, merasa bahagia dan mensyukuri nikmat Allah yang telah dilimpahkan kepada mereka. Dengan itu, hari raya benar-benar bermakna bagi mereka." – Rujuk Koreksi Total Ritual Shalat, Syeikh Abu Ubaidah Masyhur bin Hasan, ms. 394.


• Mengerjakan Solat Aidilfitri

Di antara syiar yang palin utama dalam menyambut Aidilfitri adalah perlakasanaan solat Aidilfitri sebanyak 2 rakaat oleh seluruh umat Islam. Ibn Abbas r.a berkata:


"Rasulullah s.a.w telah keluar pada hari raya Aidilfitri kemudian terus mengerjakan solat hari raya sebanyak dua rakaat. Baginda tidak melakukan sebarang solat sebelumnya dan sesudahnya." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 989.


Disunnahkan menyampaikan khutbah sesudah mengerjakan solat hari raya Aidilfitri. Abu Sa’id al-Khudri r.a berkata:


"Pada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha, Rasulullah s.a.w akan keluar menuju musolla. Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda (apabila tiba di masjid) baginda akan mengimami solat. Kemudian, baginda akan berpusing dan menghadap ke arah makmum yang sedang duduk di dalam saf mereka. Seterusnya, baginda akan memberikan nasihat, wasiat dan perintah kepada mereka (khutbah)." - Hadis riwayat al-Bukhari di dalam Sahihnya, no: 956.


Para jemaah tidak diwajibkan menghadiri atau mendengar khutbah hari raya. Sebaik sahaja selesai mengerjakan solat hari raya, sesiapa yang tidak ingin turut serta mendengar khutbah maka dia dibenarkan meninggalkan majlis itu. Abdullah bin al-Sa’ib r.a berkata:


"Aku pernah menghadiri solat hari raya bersama Nabi s.a.w. Setelah selesai solat baginda bersabda: Sesungguhnya kami akan berkhutbah. Oleh itu, sesiapa ingin duduk mendengar khutbah, dia boleh duduk. Sesiapa yang ingin pergi, dia boleh beredar." - Hadis riwayat Abu Daud di dalam Sunannya, no: 975.


• Bergembira Pada Hari Raya Aidilfitri

Islam adalah agama yang begitu praktikal lagi munasabah. Setelah sebulan umat Islam memberi tumpuan sepenuhnya untuk beribadah kepada Allah, maka kini tiba masanya untuk menyambut kejayaan itu dengan kegembiraan dan kemeriahan. Oleh itu, usaha-usaha untuk menimbulkan suasana kegembiraan di dalam keluarga masing-masing pada hari raya Aidilfitri adalah sebahagian daripada syiar Islam. Suasana kegembiraan ini berbeza mengikut adat setempat. Bagi kita di Malaysia, kegembiraan sambutan hari rayaAidilfitri dapat dilihat dengan memakai baju-baju baru yang indah, seluruh ahli keluarga berkumpul, ziarah-menziarah sesama umat Islam dan pelbagai lagi. Di sesetengah negara Timur Tengah, cuti umum hari raya Aidilfitri dipergunakan untuk membawa ahli keluargabersiar-siar serta berkelah di tempat-tempat peranginan. Semua bentuk suasana kegembiraan dan kemeriahan ini adalah sebahagian dari tuntutan agama Islam sempena menyambut hari raya Aidilfitri selagi ia dilaksanakan sesuai dengan lunas-lunas syarak. Syeikh Sayyid Sabiq r.h berkata:


"Mengadakan permainan serta kegembiraan yang tidak melanggar aturan agama, termasuk pelbagai bentuk nyanyian yang baik (dari segi makna), semua itu termasuk syiar agama yang disyariatkan oleh Allah pada hari raya untuk melatih tubuh jasmani dan memberi kepuasan serta kegirangan hati." – Rujuk Fiqh al-Sunnah, Syeikh Sayyid Sabiq, jil. 2, ms. 290.


Rasulullah s.a.w sendiri telah membenarkan penduduk Madinah al-Munawwarah bergembira apabila munculnya hari raya Aidilfitri dan Aidiladha. Anas bin Malik r.a berkata:


"Nabi s.a.w pernah datang ke Madinah sedangkan penduduknya memiliki dua hari raya yang mana mereka bermain-main (bergembira) di masa jahiliah pada kedua-dua hari itu. Lalu baginda berkata: Aku datang kepada kamu semua sedangkan kamu memiliki dua hari (raya) yang menjadi medan permainan kalian pada masa jahiliyyah. Sabdanya lagi: Sesungguhnya Allah telah menggantikan kedua-dua hari itu dengan yang lebihbaik, iaitu hari raya Aidiladha dan Aidilfitri.” - Hadis riwayat al-Nasaai di dalam Sunannya, no: 959.


• Mengerjakan Puasa Sunat Enam Hari Pada Bulan Syawal

Sabda Rasulullah s.a.w:

"Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan lalu diiringi dengan puasa enam hari di bulan Syawal, seolah-olah dia telah berpuasa setahun." - Hadis riwayat Muslim di dalam Sahihnya, no: 1164.


Demikianlah keutamaan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Cara yang paling afdal untuk melaksanakannya adalah memulakan berpuasa sesudah hari raya Aidilfitri secara berturut-turut (bermula pada 2 Syawal) sebagaimana yang ditetapkan oleh para ulama. Ini juga merupakan pendapat Imam Abu Hanifah dan Imam Syafie r.h. Namun, seseorang bebas memilih mana-mana hari sepanjang bulan Syawal sama ada di awal, pertengahanmahupun di akhirnya bahkan dia juga boleh mengerjakan secara berturut-turut atau berpisah-pisah. Amalan sesetengah pihak yang melakukan puasa qada dan sunat Syawal secara serentak mengikut formula dua dalam satu merupakan perbuatan bid’ah yang tidak ada dalilnya dari mana-mana hadis Nabi s.a.w yang thabit. Oleh itu, afdhal menyempurnakan puasa bulan Ramadan yang ditinggalkan terlebih dahulu diikuti puasa sunat di bulan Syawal. Perbuatan ini lebih bertepatan dengan maksud hadis di atas untuk mendapat keutamaannya, iaitu seolah-olah berpuasa setahun.


PENUTUP

Inilah sebahagian daripada hukum-hakam dan amalan yang disunnahkan ketika menyambut bulan Ramadan al-Mubarak dan hari raya Aidilfitri menurut al-Quran dan sunnah yang sepatutnya dijadikan contoh ikutan bagi seluruh umat Islam. Mudah-mudahan, sambutan hari raya Aidilfitri yang akan menjelma nanti disambut dengan penuh keikhlasan, kemeriahan dan selari dengan perintah Allah serta Rasul-Nya s.a.w.

post by: Mohd Yaakub bin Mohd Yunus

CERAMAH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN - RAMADHAN
























































TARIKH : 3HB SEPT 2010
MASA : 7.30 AM
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN

PENCERAMAH JEMPUTAN : UST HJ HUSSAINI B ABD RAHMAN
SMK SIMPANG PULAI

TAJUK : BERKAT DAN MAGFIRAH DI AMBANG SYAWAL

CORETAN CERAMAH....
- Syukur - nikmat iman dan islam
-fadhilat amal - islam -memohon safaat drp allah ; sholat, puasa, zakat, amal shalih dll
-berhati-hati..jika tiada iman dan tiada islam - amalan tidak dinilai oleh allah s.w.t
-byk berdoa supaya selalu dpt hidayah drp allah s.w.t
-byk berdoa supaya kekal dlm islam
-TAQWA - perlu dijadikan nilai rujukan sebagai PAKAIAN DAN BEKALAN HARI KEMUDIAN
-Pakaian IMAN - TAQWA
-INGAT !! 4 soalan di hari akhirat berkaitan- UMUR, ILMU, HARTA DAN KUASA
-jadilah org yg bijaksana : org yg merancang persediaan selepas kematian
-penerimaan amal puasa :- akidah yg betul, amal yg betul dan ikhlas...tak tau kena rajin belajar.
-jgn masuk dlm doa malaikat dan rasul kpd 3 org yg celaka - 1. tak selawat jika nama nabi disebut, 2. ada ibubapa tapi tak berbakti dan hormat, 3. lepas habis ramadan - akhlak dan amalan tak berubah.
-Matlmat ramadan - bulan latihan dan tingkatkan nilai taqwa, bersihkan hati.(jika baik hati, baiklah seluruh anggota dan amalan, jika tidak...terimalah padahnya..)
-Kebersihan jiwa - melahirkan org yg BIJAKSANA, dan org yang CERDIK
-KEBIJAKSAAN - adalah tindakan yg mengikut panduan allah s.w.t
-pengisian AWAL SYAWAL - byk takbir, tahmid dan tasbih, makan sedikit pg, sholat sunat, bermaafan, puasa 6, ziarah , sedekah.
-kesan ceramah---"tanda org beriman itu bila disebut nama allah s.w.t - GEMENTAR HATI NYA" - jika hati anda tidak bergetar - muhasabah lah diri sendiri. wallahualam...

Wednesday, September 1, 2010

PERASMIAN SAMBUTAN 31 OGOS 2010

TARIKH : 30 HB OGOS 2010
MASA : 8.00 AM
TEMPAT : TAPAK PERHIMPUNAN

ACARA :
MEMBACA PERUTUSAN KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
MEMBACA PERUTUSAN TIMBALAN PERDANA MENTERI/MENTERI PELAJARAN
MEMBACA PERUTUSAN AGONG
NYANYIAN LAGU 31 OGOS
KIBAR BENDERA
Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini