Tuesday, May 31, 2011

LANJUTAN PERMOHONAN MASUK KE KURSUS KEMAHIRAN DI SMV LEBUH CATOR IPOH





PERMOHONAN KURSUS KEMAHIRAN MASIH DIBUKA
DI SMV LEBUH CATOR IPOH.

KURSUS YANG DITAWARKAN DAN KEKOSONGAN: -

1. FURNITER MAKER (13 KOSONG) 3 org akan masuk selepas cuti
2. PEMESIN AM ( 14 kosong )
3. JURUKIMPAL ARKA (8 kosong ) dah masuk 2 org, selepas cuti 1 org.
4. MEKANIK KENDERAAN MOTOR ( 7 kosong) dah masuk 1
5. JURUTEKNIK RENDAH ELEKTRONIK INDUSTRI ( 5 KOSONG) dah masuk 1 org

CARA MOHON..:- (SEGERA SMS KAN : NAMA/ NO I.C/ KURSUS YG DIMINTA -KPD 0195510067)

1. SILA HADIR TERUS KE PEJABAT SMV LEBUH CATOR IPOH PERAK.
2. BAWA SALINAN KAD PENGENALAN DAN SLIP KEPUTUSAN PEPERIKSAAN PMR.
3. ISI BORANG PERMOHONAN.
4. TUNGGU PANGGILAN TALIPON DARIPADA SEKOLAH DAN ISIKAN BORANG TERIMA TAWARAN.

KEKOSONGAN ASRAMA : UNTUK PELAJAR PEREMPUAN SAHAJA :
KEKOSONGAN YANG TINGGAL : BERGANTUNG KEPADA SIAPA YANG CEPAT.

HARAP MAKLUM.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 1 jun 2011 (dah tutup )

Saturday, May 28, 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU

TARIKH : 28 MEI 2011
TEMPAT ; NO 1756 JALAN RAJA SURAN, KAMPUNG SEBERANG SUNGAI TAPAH, MANJOI IPOH PERAK

PENGANTIN BARU : PN KIAU ZAHRAH BT YUSUF
SUAMI BERNAMA : ABDUL HADI B MUKHTAR (PENDANG KEDAH)

"SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT"

Friday, May 27, 2011

LAWATAN PEGAWAI PERHUBUNGAN POLIS SEKOLAH

TARIKH ; 27 MEI 2011
MASA 8.30 AM

NAMA PEGAWAI : ASP WAN HARYADI

PERBINCANG BERSAMA ;-
1. PENGETUA
2. P.K HEM

PERBINCANGAN ISU SEMASA KESELAMATAN, PENCEGAHAN DAN PROGRAM :-

1. UCAPAN UNTUK PEGAWAI POLIS DI PERHIMPUNAN.
2. PROGRAM PENYERAHAN SIJIL MENEMBAK
3. PENYERAHAN SIJIL PELANTIKAN PENGAWAS TINGKATAN 4.
4. CADANGAN MELAKSANAKAN KAWASAN TERTUTUP KOMPLEKS PENDIDIKAN KINTA UTARA PADA WAKTU MALAM BERMULA PINTU PAGAR BULATAN KE PINTU PAGAR, LAMPU ISYARAT DI MESJID HOSPITAL.
5. MENGADAKAN PERJUMPAAN DENGAN IBUBAPA PELAJAR...

SMVLC - PENGANJUR PERTANDINGAN INOVASI SAINS DAN REKACIPTA PERINGKAT NEGERI PERAK

TARIKH : 27-28 MEI 2011
TERLIBAT DALAM JAWATANKUASA :-

1. PENGINAPAN PESERTA
2. J/W KESELAMATAN
3. PERSEDIAAN TEMPAT PERTANDINGAN :-
-KERETA SOLAR
-DAPUR SOLAR
-INOVASI SAINS

PENCAPAIAN SMVLC..DLM PERTANDINGAN KERETA SOLAR PERINGKAT NEGERI

SMVLC : PENYERTAAN.

Wednesday, May 18, 2011

PERKHEMAHAN PASUKAN KADET PERTAHANAN AWAM PERINGKAT DAERAH

TARIKH : 13-15 MEI 2011
TEMPAT : PKGA ULU KINTA

GURU : EN SUBRI DAN EN RADZI

Tuesday, May 17, 2011

SEKOLAH DALAM UTUSAN MELAYU



TARIKH : 17 MEI 2011
MUKASURAT : 35
EDISI : UTARA

KANDUNGAN : AKTIVITI SAMBUTAN HARI GURU 2011
GAMBAR : GURU-GURU

Monday, May 16, 2011

SMVLC TERLIBAT DALAM PERASMIAN MSSM 2011 -KEBANGSAAN




PELAN KEDUDUKAN PEMEGANG TANGKLONG




PELAN PASUKAN SORAK
TARIKH : 21-22 MEI 2011
TEMPAT : STADIUM PERAK

RAPTAI : 18,19 MEI 2011

AKTIVITI : PASUKAN TANGLON
PENYERTAAN : 80 PELAJAR

AKTIVITI : PEGERAKAN PASUKAN BOLASEPAK
PENYERTAAN : 40 PELAJAR



AKTIVITI : PASUKAN SORAK - WILAYAH/LABUAN


PENYERTAAN : 50 PELAJAR

Sunday, May 15, 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011


TARIKH : 16 MEI 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

UCAPAN PENGARAH PELAJARAN PERAK
KEPADA WARGA PENDIDIKAN NEGERI PERAK
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
TAHUN 2011

Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Tahun 2011, kita perlu menyedari betapa pentingnya peranan kita untuk melonjakkan kecemerlangan akademik secara keseluruhan. Di samping itu sebagai tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2011, jalinan semangat kerjasama sebagai satu pasukan dalam kalangan seluruh warga pendidik di negeri Perak amat dituntut. Sederap dengan hasrat ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum, kita juga perlu menjaga serta mempertahankan imej organisasi melalui kesopanan tutur kata dan kesesuaian tingkahlaku, terutama sekali apabila berurusan dengan pelanggan kita termasuklah anak murid serta para ibu bapa. Sebagai agen penjana transformasi, para guru harus menghayati serta melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan secara berintegriti dan beretika sepanjang masa, sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.


“Selamat Menyambut Hari Guru 2011”


Daripada:

DATO MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, DPMP., PMP., KMN., AMP., PPT

Pengarah Pelajaran Perak





"SELAMAT HARI GURU......"
Kepada semua pelajar-pelajar ...ucapkanlah.. kalimah agong ini kepada guru-guru anda..melalui blog ini......(tulis diruangan bawah blog atau ruang komen, nyatakan nama /kursus dan tahun )

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita



Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua




Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta




Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan




Lagu & Lirik : Hashim Ahmad




sila download di sini (right click & click save link as): Muzik & Vokal & versi Minus One

Monday, May 9, 2011

SAMBUTAN HARI ANUGERAH TAHUN 2011





















TARIKH : 12 MEI 2011
MASA : 2.00 PTG
TEMPAT : DEWAN INTIM IPOH

VIP : PEGAWAI BPTV

TAHNIAH KEPADA YANG MENERIMA ANUGERAH...

INGATAN : PASTIKAN PAKAIAN ANDA SEPERTI YG DISARANKAN.




ANUGERAH KHAS.


1. Guru cemerlang.- LATIFAH
2. TOKOH GURU PEREMPUAN - NORLIDA
3. TOKOH GURU LELAKI - AB RANI

ANUGERAH AKADEMIK - SEPERTI BIASA
anugerah sukan :-
1. pasukan ragbi ketiga K.A.T
2. PASUKAN BOLA SEPAK KETIGA K.A.T
3. PASUKAN BAHAS BI KEDUA K.A.T
4. TENIS - NEGERI KEDUA
5. PING PONG -
6. KAWAT KAKI JPAM - KETIGA DAERAH
7. KERETA SOLAR - JOHAN DAERAH.

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2011

USAHA TANGGA KEJAYAAN...NAK KEBERKATAN DALAM PEPERIKSAAN...NIATKAN KERANA ALLAH S.W.T

TARIKH : 9 MEI 2011 - BM
TARIKH : 10 MEI 2011 - BI

PERSEDIAAN MENGHADAPI PEPERIKSAAN

Persediaan Sebelum Hari Peperiksaan Peperiksaan maupun ujian bulanan, semuanya penting. Macam-macam akan difikirkan. Adakah saya telah habiskan salibus? Adakah faham semuanya dan sebagainya. Pelajar cemerlang semestinya telah bersedia lebih awal untuk menghadapi peperiksaan. Mereka telah bersedia dari beberapa segi. Persediaan yang dimaksudkan ialah, 1. Persediaan Emosi Sila pastikan emosi anda berada dalam keadaan stabil. Kawalan emosi merupakan satu faktor yang akan membantu anda untuk berjaya. Antara persediaan emosi yang perlu di jaga ialah, a. Elakkan perselisihan faham dengan rakan - perselisihan faham dengan rakan sedikit sebanyak boleh mengganggu emosi anda. Cuba anda selesaikan semua sengketa yang berlaku antara kawan sebelum hari peperiksaan. Persengketaan berterusan akan menjadikan emosi anda tidak stabil. Ia akan mengganggu konsentrasi belajar anda. Contoh, rakan merajuk tentang sesuatu dengan anda dan enggan bercakap dengan anda. Cuba cari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah berkenaan agar tidak terus berpanjangan. b. Menjaga hati ibu bapa - Restu daripada ibu bapa amat penting. Doa ibu bapa terhadap anak akan membawa ke syurga. Doa ibu bapa amat mustajab. Doa mereka akan mempengaruhi kejayaan anda. Lihat dan perhatikan cerita Si Tanggang. Si Tanggang derhaka telah disumpah menjadi batu disebabkan doa ibu. Pepatah juga menyebut, “ Syurga terletak di bawah telapak kaki ibu.” Ibu telah melahirkan, mendidik dan menjaga anda hingga dewasa. Segala nasihat dan teguran daripada ibu bapa perlu diikuti. Jangan selalu melawan cakap ibu bapa. Mereka lebih mengetahui daripada anda kerana mereka telah “merasa garam terlebih dahulu.” c. Mendapat restu guru – restu guru juga amat penting. Guru memainkan peranan penting dalam pembelajaran anda. Setiap hari anda ke sekolsh bertemu guru. Guru seperti ibu bapa kedua anda. Tanpa guru, anda tidak memperoleh ilmu. Tunjuk ajar guru banyak mempengaruhi kejayaan anda. Sebelum hari peperiksaan, minta restu guru. Minta guru mendoakan kejayaan anda. Guru tidak pernah mendoakan kegagalan pelajarnya. Mereka mahu melihat semua anak didiknya berjaya sepertimana yang diharapkan pelajar. d. Tidak bercinta – elakkan bercinta semasa belajar. Orang kata, cinta masa belajar hanya cinta monyet. Cinta setakat belajar sahaja. Percintaan akan terputus selepas kedua-duanya mencari haluan masing-masing selepas habis belajar. Bercinta semasa sekolah banyak mengganggu pelajaran anda. Jika berlaku persengketaan, ianya akan mengganggu emosi dan pelajaran anda. Bercinta tidak salah. Anda boleh fikirkan untuk bercinta selepas habis belajar. Jangan jadikan cinta sebagai kegagalan anda dalam hidup. e. Yakin pada diri sendiri – perasaan yakin akan wujud jika anda telah bersedia lebih awal. Tanamkan sifat yakin pada diri sendiri. Perasaan yakin membolehkan akan merasa seronok untuk mengambil peperiksaan. Pastikan semua kelemahan anda telah diatasi. Tumpukan perhatian anda pada peperiksaan yang bakal dihadapi. Ilmu yang telah penuh di dada menjadi bekalan untuk menduduki peperiksaan. f. Tiada Prasangka Negatif Terhadap Orang Lain – sila pastikan anda tiada menyimpan prasangka negatif terhadap orang lain. Rakan, guru dan ibu bapa semuanya mengharapkan kejayaan anda. Tiada orang mahu melihat kegagalan anda. Hanya musuh yang ingin melihat kegagalan anda. Jika anda gagal dalam sesuatu mata pelajaran, jangan menganggap diri anda telah gagal. Prasangka buruk orang terhadap diri anda bukan bererti mereka mahu melihat anda terus gagal. Buang jauh-jauh prasangka tersebut. Kejayaan akan menjadi milik anda jika anda terus membaiki kelemahan diri sendiri. Tanamkan sifat ingin berjaya seperti orang lain. 2. Persediaan Fizikal Anda juga perlu bersiap dari segi fizikal. Fizikal diri yang baik akan mempengaruhi peperiksaan anda. Tidak bermakna bagi anda jika sakit pada hari peperiksaan. Keadaan diri yang tidak sihat akan memberi impak besar kepada konsentrasi menghadapi peperiksaan. Anda perlu memberi keutamaan pada kesihatan diri sendiri. Antara tindakan yang perlu di ambil ialah, a. Tidak tidur larut malam – kesihatan badan perlu dijaga. Lewat tidur menyebabkan badan menjadi letih. Keadaan ini menyebabkan anda mengantuk sepanjang hari. Walaupun anda telah bersedia dari segi mental namun badan yang lemah menyebabkan tiada konsentrasi untuk menjawab soalan. b. Menjaga keselamatan diri – keselamatan diri juga perlu dijaga sepanjang mengambil peperiksaan. Kita sering terdengar pelajar tercedera atau kemalangan semasa peperiksaan sedang berjalan. Lebih teruk lagi terlibat dengan pergaduhan. Kecederaan diri menyebabkan anda tidak dapat menjawab soalan dengan baik. Jika anda dimasukkan ke wad, peperiksaan boleh diteruskan di wad. Keadaan kurang selesa dan sakit menyukarkan anda untuk mendapat markah yang baik dalam peperiksaan tersebut. Keadaan menjadi lebih teruk lagi jika anggota badan anda seperti tangan tidak dapat digunakan untuk menulis. c. Makan makanan secukupnya dan berkhasiat – makanan amat mempengaruhi kesihatan anda. Pemakanan yang seimbang dan sihat memberi kesan kepada pencapaian peperiksaan anda. Jangan biarkan perut anda kosong ketika peperiksaan. Sila pastikan anda mengambil sarapan sebelum hadir peperiksaan. Perut kosong, otakpun kosong. Jadi, pastikan anda makan makanan berkhasiat sebelum menduduki peperiksaan. Otak cergas datangnya daripada makanan berkhasiat. d. Membuat riadah ringan - sila pastikan anda membuat riadah ringan sekurang-kurangnya 20 hingga 30 minit setiap hari. Senaman ringan menjadikan badan anda merasa sihat dan ringan. Senaman tidak bermakna anda perlu keluar rumah. Senaman ringan boleh di buat dalam rumah. Contoh, bermain skipping dan berlari-lari anak. Lebih untung lagi jika anda mempunyai peralatan senaman seperti basikal dan sebagainya. 3. Persediaan Mental Mental anda juga mesti dijaga. Pastikan fikiran anda dalam keadaan tenang. Fikiran yang bercelaru akan menjadikan diri anda tidak menentu. Anda akan merasa runsing dan takut untuk menghadapi peperiksaan. Antara persediaan mental yang perlu diketahui ialah, a. Jangan cepat menyerah kalah dan berputus asa - jika anda tidak berpuas hati dengan keputusan peperiksaan, jangan berputus asa. Kegagalan bukan bermakna gagal selamanya. Kegagalan dalam sesuatu mata pelajaran bukan disebabkan anda tidak pandai. Tetapi anda kurang berusaha untuk membaikinya. Cuba cari kelemahan diri dan berusaha membaikinya. Menyerah kalah tanpa berjuang terlebih dahulu tidak memberi apa-apa erti dalam hidup anda. b. Tiada gambaran negatif tentang sesuatu - jangan berfikir bukan-bukan tentang diri anda. Jika anda berfikiran negatif, negatiflah jadinya. Tanamkan sifat positif dalam diri. Kata-kata positif mampu mengubah diri anda daripada negatif kepada positif. c. Mesti berfikiran positif – sentiasalah berfikiran positif. Bersusah-susahlah pada hari ini dan bersenang-senang kemudian. Masa belajar perlu belajar. Masa bermain perlu bermain. Jangan dijadikan nasihat dan teguran guru, ibu bapa dan rakan sebagai penghalang. Teguran baik mereka perlu dijadikan panduan untuk terus berjaya. d. Tidak berasa bimbang keterlaluan

Sunday, May 8, 2011

MENDIANG RAMAROA DALAM KENANGAN

TARIKH :8 MEI 2011
TEMPAT : MERU HIGH IPOH
'CANCER PARU-PARU"

BELIAU DALAM KENANGAN....

Sunday, May 1, 2011

PROGRAM PERJUMPAAN TUAN PENGETUA DENGAN IBUBAPA

TARIKH : (BULAN MEI)akan di tentukan dan surat jemputan akan diedarkan.
MASA :

TAJUK : PERJUMPAAN DENGAN BAPA PELAJAR YANG MENGALAMI MASALAH SELALU TIDAK HADIR KE SEKOLAH.

TUJUAN : MENYAMPAIKAN MAKLUMAT SEKOLAH DAN MENGUJUDKAN KERJASAMA UNTUK MENGATASI MASALAH PONTENG PELAJAR.

pelaksanaan :-
1. membentuk ajk dan objektif perjumpaan.
2. mengenalpasti pelajar daripada setiap kelas melalui guru tingkatan.
3. menentukan tarikh yang sesuai.
4. mesyuarat pelaksanaan dan serahan tugas
5. menghantar surat dan membuat analisis ibubapa yg akan hadir perjumpaan. (guru kelas- telepon)

SMVLC- TERLIBAT DALAM PELANCARAN PROGRAM LARIAN SERENTAK 1M1S 1 MALAYSIA PERINGKAT KEBANGSAAN

TARIKH :-
MESYUARAT 1 : 27 APRIL 2011
MESYUARAT 2 : 5 MEI 2011
MESYUARAT 3 : 12 MEI 2011

TEMPAT PUSAT KOKURIKULUM JPN PERAK.

JAWATANKUASA KHAS KESELAMATAN. DAN LALULINTAS AKAN DIBENTUK

TARIKH PROGRAM : 2 JULAI 2011
TEMPAT : STADIUM PERAK
MASA : 7.30 PAGI
PERASMI : TPM
PESERTA2 VIP : MB PERAK

SEMUA PELAJAR DARIPADA 17 SEKOLAH SEKITAR IPOH AKAN TERLIBAT.
SEMUA SEKOLAH DI MALAYSIA AKAN TERLIBAT PADA TARIKH DAN MASA YANG SAMA DI PERINGKAT NEGERI, DAERAH, DAN SEKOLAH MASING-MASING.

KEM PERKHEMAHAN - KELAB KEMBARA SMVLC

TARIKH : 6-8 MEI 2011
TEMPAT :
PESERTA : AHLI KELAB KEMBARA
GURU PENGELOLA : CIK IZURINA

PERTANDINGAN KAWAT KAKI NGO DAN GO PERINGKAT DAERAH

TARIKH : 7 MEI 2011
TEMPAT : KEM POLIS ULU KINTA
MASA : 8.00 - 4.30 PTG

PENYERTAAN SEKOLAH :

1. PASUKAN K.R.S - GURU - HAFIZHAN (PENYERTAAN)
2. PASUKAN JPAM - GURU : SUBRI (PENCAPAIAN : TEMPAT KETIGA)

PENGANJURAN PERTANDINGAN INOVASI SAINS - PERINGKAT DAERAH






TARIKH : 7 MEI 2011
TEMPAT : SM VOKASIONAL LEBUH CATOR IPOH
MASA : 8.00 - 12 TGH
PENYERTAAN : SMK DAERAH KINTA

KATEGORI :-
1. KERETA SOLAR (pencapaian smvlc : JOHAN)
2. DAPUR SOLAR.
3. INOVASI DAN KEJURUTERAAN (PENYERTAAN)


PENGANJURAN KONVENSYEN GURU-GURU BAHASA MELAYU PERINGKAT NEGERI PERAK







TARIKH : 4-5 MEI 2011
TEMPAT : HOTEL HERITAGE IPOH
MASA : 8.00 AM - 10.00 PM

PENGANJUR : SM VOKASIONAL LEBUH CATOR IPOH.
PESERTA : GURU-GURU BM SMV PERAK.
PERASMI : MB PERAK
PERASMI PENUTUP : BPTV
Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini