Thursday, September 17, 2009

SELAMAT EIDIL FITRI....2009




Hari raya adalah saat berbahagia dan bersuka cita. Kebahagiaan dan kegembiraan kaum mukmin di dunia adalah kerana Tuhannya iaitu apabila mereka berhasil menyempurnakan ibadahnya dan memperoleh pahala amalnya dengan kepercayaan terhadap janjinya kepada mereka untuk mendapatkan anugerah dan ampunan Nya. Allah Ta’ala berfirman:

Katakanlah: “Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan.” (Yunus: 58)
Sebahagian orang bijak berkata: Tiada seorang pun yang bergembira dengan selain Allah kecuali karena kelalaiannya terhadap Allah, sebab orang yang lalai selalu bergembira degan permainan dan hawa nafsunya, sedangkan orang yang berakal merasa senang dengan tuhannya.


Ketika Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tiba di Madinah, kaum Ansar memiliki dua hari istimewa, mereka bermain-main di dalamnya, Maka Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“Allah telah memberi ganti bagi kaitan dua hari yang jauh lebih baik, (iaitu) ‘Idul Fitri dan ‘Idul Adha.” (HR. Abu Daud dan Nasa’i dengan sanad hasan)

Hadis ini menunjukkan bahawa menampakkan rasa suka cita di Hari Raya adalah sunnah dan disyari’atkan. Maka diperkenankan memperluas Hari Raya tersebut secara menyeluruh kepada segenap kerabat dengan berbagai hal yang tidak diharamkan yang bisa mendatangkan kesegaran badan dan melegakan jiwa, tetapi tidak menjadikannya lupa untuk ta’at kepada Allah.

Adapun yang dilakukan kebanyakkan orang di saat Hari Raya dengan berduyun-duyun pergi memenuhi berbagai tempat hiburan dan permainnan adalah tidak dibenarkan karena hal itu tidak sesuai dengan yang disyari’atkan bagi mereka seperti melakukan zikir kepada Allah. Hari Raya tidak dianggap dengan hiburan, permainan dan penghambur-hamburan (harta), tetapi Hari Raya adalah untuk berzikir kepada Allah dan bersungguh-sungguh dalam beribadah. Kerana itu Allah menggantikan bagi umat ini dua buah Hari Raya yang penuh dengan hiburan dan permainan dengan dua buah Hari Raya yang penuh zikir, syukur dan ampunan.

Di dunia ini kaum mukminin mempunyai tiga Hari Raya: Hari Raya yang selalu datang setiap minggu dan dua Hari Raya yang masing-masing datang sekali dalam setiap tahun.

Adapun Hari Raya mingguan, terselenggara sebagai pelengkap (penyempurna) bagi shalat wajib lima kali yang merupakan rukun utama agama Islam setelah dua kalimat syahadat. Sedangkan dua Hari Raya yang tidak berulang dalam waktu setahun kecuali sekali adalah:

1. ‘Idul Fitri setelah puasa Ramadhan, hari raya ini terselenggara sebagai pelengkap puasa Ramadhan yang merupakan rukun dan asas Islam keempat. Apabila kaum muslimin melaksanakankan puasa wajibnya, maka mereka berhak mendapatkan ampunan dari Allah dan terbebas dari api neraka, sebab puasa Ramadhan mendatangkan ampunan atas dosa yang lalu dan pada akhirnya terbebas dari Neraka.

Sebahagian manusia dibebaskan dari neraka padahal dengan berbagai dosanya ia semestinya masuk neraka, maka Allah mensyari’atkan bagi mereka Hari Raya setelah menyempurnakan puasanya, untuk bersyukur kepada Allah, berzikir dan bertakbir atas petunjuk dan syari’at-Nya berupa shalat dan sedekah pada Hari Raya tersebut.

Hari raya ini merupakan hari pembahagian hadiah, orang-orang yang berpuasa diberi ganjaran puasanya, dan setelah Hari Raya tersebut mereka mendapatkan ampunan.

2. ‘Idul Adha (Hari Raya kurban), ia lebih agung dan utama daripada ‘Idul Fitri. Hari Raya ini terselenggara sebagai penyempurna ibadah haji yang merupakan rukun Islam kelima, bila kaum muslimin melaksanakan ibadah hajinya nescaya diampuni dosanya.

Inilah pelbagai bentuk Hari Raya kaum muslimin di dunia, semuanya dilaksanakan saat melaksananya dengan ketakwaan kepada Yang Maha Menguasai dan Yang Maha Pemberi, di saat mereka berhasil memperoleh apa yang dijanjikan-Nya berupa ganjaran dan pahala.


PETUNJUK NABI SHALLALLAHU ‘ALAIHI WASALLAM
TENTANG HARI RAYA


Pada saat Hari Raya ‘Idul Fitri, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam mengenakan pakaian terbaiknya dan makan kurma dengan bilangan ganjil tiga, lima atau tujuh- sebelum pergi melaksanakan shalat ‘Id. Tetapi pada ‘Idul Adha beliau tidak makan terlebih dahulu sampai beliau pulang, setelah itu baru memakan sebahagian daging binatang sembelihannya.

Beliau mengakhirkan shalat “Idul Fitri agar kaum muslimin memiliki kesempatan untuk membahagikan zakat fitrahnya, dan mempercepatkan pelaksanaan shalat ‘Idul Adha supaya kaum muslimin boleh segera menyembelih binatang korbannya.

Mengenai hal tersebut, Allah Ta’ala berfirman:

“Maka dirikanlah shalat kerana Tuhanmu dan berkorbanlah” (Al Kausar: 2)

Ibnu Umar yang terkenal sangat bersungguh-sungguh dalam mengikuti sunnah Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam tidak keluar untuk shalat ‘Id kecuali terbit matahari, dan dari rumah sampai ke tempat shalat beliau sentiasa bertakbir.

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam melaksanakan shalat ‘Id terlebih dahulu baru berkhutbah, dan beliau shalat dua raka’at. Pada rakaat pertama beliau bertakbir 7 kali berturut-turut dengan Takbiratul Ihram, dan berhenti sebentar di antara tiap takbir. Beliau tidak mengajarkan zikir tertentu yang dibaca saat itu. Hanya saja ada riwayat dari Ibnu Mas’ud Radhiyallahu ‘Anhu, ia berkata: “Dia membaca hamdallah dan memuji Allah Ta’ala serta membaca shalawat”

Dan diriwayatkan bahawa Ibnu Umar mengangkat kedua tangannya pada setiap bertakbir.

Sedangkan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam setelah bertakbir membaca surat “Al-Fatihah” dan “Qaf” pada rakaat pertama serta surat “Al-Qamar” dirakaat kedua. Kadang-kadang beliau membaca surat “Al-A’la” pada rakaat pertama dan “Al-Gasyiah” pada rakaat kedua. Kemudian beliau bertakbir lalu ruku’ dilanjutkan takbir 5 kali pada rakaat kedua lalu membaca “Al-fatihah” dan surat. Setelah selesai beliau menghadap kearah jamaah, sedang mereka tetap duduk di shaf masing-masing, lalu beliau menyampaikan khutbah yang berisi nasihat, anjuran dan larangan.

Beliau selalu melalui jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang (dari shalat) ‘Id. Beliau selalu mandi sebelum shalat ‘Id. Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam sentiasa memulai setiap khutbahnya dengan hamdalah, dan bersabda:

“Setiap perkara yang tidak dimulai dengan hamdal’Lah, maka ia terputus (dari berkah).” (HR. Ahmad dan lainnya)


Dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘Anhuma, ia berkata:

“Bahawasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam menunaikan shalat ‘Id dua rakaat tanpa disertai shalat yang lain baik sebelumnya ataupun sesudahnya.” (HR. Al Bukhari dan Muslim dan yang lain)

Hadits ini menunjukkan bahawa shalat ‘Id itu hanya dua rakaat, demikian pula mengisyaratkan tidak disyari’atkan shalat sunnah yang lain, baik sebelum atau sesudahnya. Allah Maha Tahu segala sesuatu, shalawat serta salam semoga selalu dilimpahkan kepada Nabi Muhammad, seluruh anggota keluarga dan segenap sahabatnya.


KEUTAMAAN PUASA ENAM HARI DI BULAN SYAWAL


Abu Ayyub Al-Anshari Radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda:

“ Barang siapa berpuasa penuh di bulan Ramadhan lalu menyambungnya dengan (puasa) enam hari bulan Syawal, maka (pahalanya) seperti ia berpuasa selama satu tahun:
(HR Muslim)

Imam Ahmad dan An-Nasa’I meriwayatkan dari Tsauban, Nabi s.a.w bersabda :

“Puasa Ramadhan (ganjarannya) sebanding dengan puasa sepuluh bulan, sedangkan puasa enam hari (di bulan Syawal, pahalanya) sebanding dengan puasa dua bulan dan kerananya bagaikan berpuasa selama setahun penuh”.

Barangsiapa berpuasa Ramadhan lantas disambung dengan enam hari di bulan Syawal, maka ia bagaikan telah berpuasa selama setahun. (HR Al Bazzar)

Pahala puasa Ramadhan yang dilanjutkan dengan puasa enam hari di bulan Syawal menyamai pahala puasa satu tahun penuh kerana setiap hasanah (kebaikan) diganjarkan dengan sepuluh kali ganda, sebagaimana telah dinyatakan dalam hadis

Membiasakan puasa setelah Ramadhan memiliki banyak manfaat, di antaranya:

1. Puasa enam hari di bulan Syawal setelah Ramadhan, merupakan pelengkap dan penyempurna pahala dari puasa setahun penuh.
2. Puasa Syawal dan Sya’ban bagaikan shalat sunnah rawatib, berfungsi sebagai penyempurna dari kekurangan, kerana pada hari Kiamat nanti perbuatan-perbuatan sunat. Sebagaimana keterangan yang datang dari Nabi s.a.w di berbagai riwayat, majoriti puasaq fardhu yang dilakukan kaum muslimin memiliki kekurangan dan ketidaksempurnaan, maka hal itu memerlukan sesuatu yang menutupi dan menyempurnakannya.
3. Membiasakan puasa setelah Ramadhan menandakan diterimanya puasa Ramadhan, kerana apabila Allah ta’ala menerima amal seseorang hamba, pasti Dia menolongnya dalam meningkatkan perbuatan baik setelahnya. Sebahagian orang bijak mengatakan : “ Pahala amal kebaikan adalah kebaikan yang ada sesudahnya”. Oleh kerana itu barangsiapa mengerjakan kebaikan kemudian melanjutkannya dengan kebaikan yang lain, maka hal itu merupakan tanda atas terkabulnya amal pertama. Demikian pula sebaliknya, jika seseorang melakukan suatu kebaikan lalu diikuti dengan yang buruk maka hal itu merupakan tanda tertolaknya amal yang pertama.
4. Puasa Ramadhan dapat mendatangkan maghfirah (keampunan) atas dosa-dosa masa lalu. Orang yang berpuasa Ramadhan akan menadapatkan pahalanya pada Hari Raya Eidul Fitri yang merupakan hari pembahagiaan hadiah, maka membiasakan puasa setelah Eidul Fitri merupakan bentuk rasa syukur atas nikmat ini. Dan sungguh tak ada nikmat yang lebih agung dari pengampunan dosa-dosa.

Oleh kerana itu termasuk sebahagian ungkapan rasa syukur seorang hamba atas pertolongan dan ampunan yang telah dianugerahkan kepadanya adalah dengan berpuasa setelah Ramadhan. Tetapi jika ia malah menggantikannya dengan perbuatan maksiat maka ia termasuk kelompok orang yang memblas kenikmatan dengan kekufuran. Apabila ia berniat pada saat melakukan puasa untuk kembali melakukan maksiat lagi, maka puasanya tidak akan terkabul, ia bagaikan orang yang membangun sebuah bangunan megah lantas menghancurkannya kembali, Allah Ta’ala berfirman.

“Dan janganlah kamu seperti seorang perempuan yang menguraikan benangnya yang sudah dipintal dengan kuat menjadi cerai berai kembali”.
(An Nahl : 92)

5. Dan di antara manfaat puasa enam hari bulan Syawal adalah amal-amal yang dikerjakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Tuhannya pada bulan Ramadhan tidak terputus denga berlalunya bulan mulia ini, selama ia masih hidup. Orang yang setelah Ramadhan berpuasa bagaikan orang yang cepat-cepat kembali dari pelariannya, yakni orang yang baru lari dari peperangan fi sabilillah lantas kembali lagi. Sebab tidak sedikit manusia yang berbahagia dengan berlalunya Ramadhan sebab mereka merasa berat, jenuh, dan lama berpuasa Ramadhan.

Barangsiapa merasa demikian maka sulit baginya untuk bersegera untuk kembali melaksanakan puasa padahal orang yang bersegera melaksanakan puasa setelah Eidul Fitri merupakan bukti kecintaannya terhadap ibadah puasa. Ia tidak merasa bosan dan berat apatah lagi benci.

Seorang ulama salaf ditanya tentang kaum yang bersungguh-sungguh dalam ibadahnya pada bulan Ramadhan tetapi jika Ramadhan berlalu mereka tidak bersungguh-sungguh lagi, beliau menyatakan :

“ Seburuk-seburuk kaum ialah yang tidak mengenal Allah secara benar kecuali di bulan Ramadhan sahaja. Padahal orang soleh adalah yang beribadah dengan sungguh-sungguh di sepanjang tahun”.

Oleh kerana itu sebaiknya orang yang memiliki hutang puasa Ramadhan memulai membayarnya di bulan Syawal kerana hal itu mempercepatkan proses pembebasan dirinya dari tanggungan hutangnya. Kemudian dilanjutkan dengan enam hari puasa syawal. Dengan demikian ia telah melakukan puasa Ramadhan dan mengikutinya dengan enam hari di bulan Syawal.

Ketahuilah, amal perbuatan seorang mukmin tidak ada batasnya sehingga maut menjemputnya. Allah s.w.t berfirman

“Dan sembahnlah Tuhanmu sampai datang kepadamu yang diyakini (ajal)”.
(Al Hijr : 99)

Dan perlu diingat pula bahawa solat-solat dan puasa sunat serta sedekah yang dipergunakan seorang hamba untuk mendekatkan diri kepada Allah Ta’ala pada bulan Ramadhan adalah disyariatkan sepanjang tahun, kerana hal itu mengandungi perbagai bagai manfaat diantaranya; ia sebagai pelengkap dari kekurangan yang terdapat pada fardhu, merupakan salah satu faktor yang mendatangkan mahabbah (kecintaan ) Allah kepada hambaNya, sebab terkabulnya doa, demikian pula sebagai sebab dihapusnya dosa dan dilipatgandakanNya pahala kebaikan dan ditinggikanNya kedudukan. Hanya kepada Allah tempat memohon pertolongan, selawat dan salam semoga tercurahkan kehadrat Nabi, keluarga dan sahabatnya.


*Dipetik daripada buku “Risalah Ramadhan” karangan Syeikh Abdullah bin Jarullah bin Ibrahim al Jarullah, Perbitan Darul Wathan ,Riyadh. Edisi terjemahan Indonesia diterbitkan oleh Yayasan Al-Sofwa Jakarta , 1997)

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home

Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini