Tuesday, November 3, 2009

HARI KOKURIKULUM DAN MINGGU SAINS/MATH 2009

HARI KOKURIKULUM 2009
2 - 13 NOV 2009

LIBATKAN DIRI ANDA..REBUTLAH HADIAH DAN MATA GRED KOKURIKULUM..
SILA LIHAT AKTIVITI PERTANDINGAN DI PAPAN KENYATAAN

Alhamdulillah…anak2 tingkatan 4 telah selamat mengharungi peperiksaan akhir tahun 2009…tetapi itu bukanlah menandakan bahawa kita telah tamat pembelajaran pada tahun ini.
Pelajar perlu bersedia merancang pada tahun ini untuk menghadapi peperiksaan SPM pada tahun 2010. Pastikan pelajar hadir 100% kesekolah pada 3 minggu yg terakhir ini.

Pelajar tingkatan 5….teruskan perjuangan anda hingga ke titisan darah terakhir…anda sudah hampir memasuki gelanggang peperangan…..banyakkan berusaha, berdoa dan bertawakkal kpd allah s.w.t, banyakkan berpuasa dan sembahyang hajat. Banyakkan mohon keampunan diatas dosa2 yg lampau..dosa2 kepada allah, ibubapa, guru2 dan rakan2. Mudah-mudahan allah s.w.t memberi ketenangan hati dan perasaan dan kuat ingatan, kemudahan dan pertolongan semasa menghadapi masalah dengan tidak disangka-sangka oleh kita.

Kepada pelajar2 tingkatan 4, 2 minggu terakhir ini, pembelajaran akan diteruskan..namun begitu pihak sekolah juga menyediakan aktiviti untuk pelajar lebih bersemanggat untuk hadir kesekolah iaitu Program Pra Hari Kokurikulum dan Minggu Sains / Matematik.

Objektif program Program Pra Hari Kokurikulum dan Minggu Sains / Matematik adalah :-

1. Objektif :

1.1. Memberi markah kokurikulum untuk penglibatan dan pencapaian pelajar diperingkat sekolah. (untuk semua pelajar)
1.2. Menjana pelajar ke arah yang lebih berketrampilan, progresif, waja diri , bermotivasi tinggi, di samping memupuk semangat kesukanan.
1.3. Mencungkil bakat pelajar yang berpotensi mewakili sekolah dalam aktiviti kokurikulum.
1.4. Mengaplikasikan konsep akedamik merentasi kokurikulum
1.5. Menarik minat pelajar ke sekolah selepas peperiksaan.
1.5.1. Lebih 26 acara disediakan dengan menawarkan hadiah(sijil/hamper/ plak) sebanyak lebih 300. Setiap pelajar sekurangnya boleh menyertai 2 atau lebih acara pada setiap kelas. (tiada sebab –tiada markah penyertaan diperingkat sekolah)

2. Kumpulan Sasaran : Semua pelajar tingkatan 4 aliran teknikal, vokasional dan SKM. Dengan penglibatan pelajar (20 – 40 pelajar setiap kelas) untuk 26 acara.

3. Pelaksanaan :-
3.1. Pra Hari Kokurikulum

3.1.1. Tarikh : 02 /11/09 hingga 13/11/09
3.1.2. Masa : 3.00 pm – 5.00 pm
3.1.2.1. (pertandingan yg melibatkan waktu pagi akan dimaklumkan dari semasa kesemasa). Hanya pelajar yg terlibat sahaja dibenarkan berada diluar kelas, atau pelajar bersama guru kelas/ganti jika aktiviti dilaksanakan pada waktu pagi.
3.1.3. Cadangan : 3,4,5 Nov 209 aktiviti kelab persatuan.
3.1.4. Cadangan :10,11,12 Nov 209 aktiviti sukan permainan dan kawat kaki.
3.1.5. Tempat : Rujuk jadual daripada guru pelaksana.

3.2. Penutup hari Kokurikulum. (tentatif 1) (Bergantung kepada kewangan)
3.2.1. Tarikh : 13/11/09
3.2.2. Masa : 8.00 – 10.30 Malam
3.2.3. Tempat : Tapak Perhimpunan
3.2.4. Perasmi : Pengerusi PIBG – En Azmi b Mohd Yusof

3.3. Penutup hari Kokurikulum. (tentatif 2)
3.3.1. Tarikh : 13/11/09
3.3.2. Masa : 8.00 – 10.30 pagi
3.3.3. Tempat : Tapak Perhimpunan
3.3.4. Perasmi : Pengerusi PIBG – En Azmi b Mohd Yusof

4. Acara-acara yang dipertandingkan.
4.1. Rujuk lampiran 1

1. Inventori Explore Race (L+P) 2
2. Sahibba (L+P) 1
3. Pidato ( L/P ) 1
4. Sahibba (L+P) –BM 3
5. Sajak ( L/P ) 1
6. Pertandingan Kawat Kaki (KRS,PI,KB,KP,Pengakap,KPA) (L+P) 10
7. Membina Blog berkaitan sekolah (L+P) 1
8. Membina Laman Web Kelas/Sekolah(L+P) 1
9. Bola Jaring
10. Bola Tampar 7
11. Catur (L+P) 1
12. Futsal 7
13. Karem /Dam (L+P) 2
14. Petangue ( Lelaki Atau Perempuan ) (L+P) 1
15. Ping Pong (L+P) 1
16. Sepak Takraw 4
17. Hafazan ( L/P ) 1
18. Khat ( L/P ) 1
19. Nashid Solo ( L/P ) 1
20. Rekacipta/Inovasi (Kertas Kerja) (L+P) 1
21. Roket (L+P) 1
22. Kuiz Sains dan Math Vokasional (L+P) 1
23. Kuiz Sains dan Math Teknik (L+P) 1
24. Scrablle (L ATAU P)
25. Pertandingan Sudoku (L+P) 2
26. Pertandingan Menghias Papan Kenyataan Kelab (terhad) (L+P) 1
JUMLAH 53

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini