Tuesday, June 1, 2010

MAKLUMAT AKHIR KEJOHANAN ANTARA TEKNIK PERINGKAT KEBANGSAAN

Pasukan Sepak Takraw (Ke 4)
Pasukan Bola Jaring
Rekacipta (Ke 4)
Pasukan Ragbi
Pasukan Sofbol (Ke 4)
Pasukan Bahas Bahasa Inggeris
Pasukan Bola Sepak (Ke 4)
Barisan Pengetua-pengetua
Penyerahan Bendera Kejohanan Kepada Ketua Kontijen
PK Koku SMTLC / SMV Ipoh

Piala Pusingan Keseluruhan, Sepaktakraw dan Bola sepak
...hantar dan tak kembali....

Pengerusi PKPSMT Zon Perak.

Tn Hj Abd Aziz - Pengetua Cemerlang DG54


KLIK : KEPUTUSAN KEJOHANAN ANTARA TEKNIK PERINGKAT KEBANGSAAN

KOMEN UNTUK K.A.T KEBANGSAAN 2010.
Tahniah dan terimakasih kepada semua pengerusi zon, pengetua-pengetua, pengurus pasukan, jurulatih yang memberi motivasi dan peserta-peserta yang telah bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kejuaraan piala pusingan keseluruhan 2009...Namun nasib tidak menyebelahi kita,, kita hanya mampu mendapat tempat keempat dalan acara, sofbol, bolasepak, sepaktakraw dan rekacipta.

Kalah menang..memang adat pertandingan. Tetapi pasukan yang bijak akan mengkaji kekuatan dan kelemahan diri dan pasukan. Lihat standard/kualiti kemahiran/skill terkini semua pasukan yg telah meningkat dan strategi mereka yg berkesan (cth pasukan bolasepak p.pinang dgn 3 pemainnya dikenakan kad merah dan tidak dpt bertanding dan penjaga gol hanya daripada pemain biasa, masih mampu mengalahkan pasukan zon perak dgn 2 - 1).. adakah skill dan strategi kita, masih di tahap lama ?
Lagi satu...tahap disiplin peserta. Disiplin dari berbagai sudut. ( cth, adab, masa, fizikal/latihan, pemakanan dan kerohanian) Namun disiplin dari segi kerohanian...jarang-jarang kita ambil berat.
Oleh itu ingatlah...jika disiplin kerohanian ini dijaga.. insyallah pasukan kita akan terus hebat di dalam dunia..lebih2 lagi di akhirat....(cth.Cara pakaian (aurat), Jaga waktu sembahyang/zikir/quran/doa, tidur ikut masa menghormati semua guru dan menjaga prestasi pelajaran). wallahualam


slide



MAKLUMAT AKHIR KEJOHANAN ANTARA TEKNIK PERINGKAT KEBANGSAAN

MAKLUMAT INI DITUJUKAN KEPADA PENGURUS-PENGURUS PASUKAN YANG MEWAKILI ZON PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN DI JOHOR.

SMT T INTAN : REKACIPTA KEDUA
SMT K KANGSAR : SOFBOL
SMT TAIPING : BOLA JARING
SMT SERI MANJUNG : SEPAK TAKRAW
SMT K KANGSAR : RAGBI
SMT IPOH : BOLA SEPAK
SMT IPOH : BAHAS
SMT SLIM RIVER : REKACIPTA PERTAMA


1. TEMPAT PERTANDINGAN MENGIKUT ACARA

a. SMT Kluang : Sofbol dan Sepak Takraw
b. SMT Batu Pahat : Bola Sepak, Bola Jaring dan Rekacipta.
c. SMT Muar : Ragbi dan Bahas

2. PENGANGKUTAN PESERTA
a. Bas SMT Manjung : Membawa pasukan Sepak Takraw dan Sofbol
b. Bas SMT Taiping : Membawa pasukan Bola Jaring dan Rekacipta (Teluk Intan).
c. Bas SMT Kuala Kangsar : Membawa pasukan Ragbi dan Bahas.
d. Bas SMT Ipoh : Membawa pasukan Bola Sepak
e. Kenderaan Sendiri : Rekacipta (Slim River)

3. JADUAL PERJALANAN MULA BAS ADALAH :-
Tarikh : 3 hb Jun 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat Berkumpul: SM Teknik Slim River

4. JADUAL PERJALANAN BALIK BAS ADALAH (CADANGAN):-
Tarikh : 7 hb Jun 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat Berkumpul: SM Teknik Muar (pindah pelajar)

TENTATIF MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN.


5. ATURCARA TENTATIFE PROGRAM PELEPASAN
Tarikh : 3 hb Jun 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat Berkumpul: SM Teknik Slim River

Ucapan Aluan Pengacara Majlis.
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi PKPSMT
Penyerahan Bendera Kontinjen.
Doa Selamat
Kontijen berlepas.


Tindakan :-
1. Menguruskan tambahan (duit poket pelajar) daripada duit makan asrama/pibg masing-masing.(4 hari)
2. Membawa sesalinan baju batik untuk persediaan jamuan atau majlis penutup atau yg sesuai.
3. Memastikan bayaran sumbangan PIBG ke bendahari PKPSMT Kebangsaan telah diuruskan.
4. MEMBAWA PIALA PUSINGAN SETIAP ACARA (JOHAN, cth Bolasepak) DAN PIALA PUSINGAN KESELURUHAN KEBANGSAAN (TAIPING).
5. Bawa Ubat-ubatan.
6.Lain-lain yang difikirkan perlu.

7. PENDAFTARAN PASUKAN
• DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN PASUKAN DARIPADA email pengurus pasukan masing-masing.
• SEMAK SENARAI NAMA DAN KEMASKINI.
• DAPATKAN PENGESAHAN PENGETUA DAN COP.
• BUAT 4 SALINAN. (UTK – PENGINAPAN, PENDAFTARAN, KETUA KONTINJEN (DOKUMENTASI – serahkan semasa majlis pelepasan di SMT Slim River) DAN SIMPANAN KETUA PASUKAN)
• BAWA BERSAMA SEMASA PENDAFTARAN.

PENDAFTARAN INDIVIDU
• DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU DARIPADA email pengurus pasukan masing-masing.
• DAPATKAN PENGESAHAN PENGETUA DAN COP.
• BUAT 3 SALINAN. (UTK –PENDAFTARAN, KETUA KONTINJEN(DOKUMENTASI– serahkan semasa majlis pelepasan di SMT Slim River)) DAN SIMPANAN KETUA PASUKAN)
• BAWA BERSAMA SALINAN KAD PENGENALAN.


SILA DOWNLOAD MAKLUMAT BERIKUT :


MAKLUMAT PENTING UNTUK SEMUA KONTINJEN
MAKLUMAT JADUAL TENTATIF
• MAKLUMAT JADUAL PERTANDINGAN SETIAP ACARA
• MAKLUMAT PERATURAN PERTANDINGAN SETIAP ACARA


SILA LAWATI LAMAN WEB RESMI KEJOHANAN ANTARA TEKNIK PERINGKAT KEBANGSAAN
KLIK : http://katjhr.webnode.com


KEJOHANAN ANTARA TEKNIK KEBANGSAAN 2010
- PERHATIAN -

• MESYUARAT PENGERUSI TEKNIK (PERMAINAN) KEBANGSAAN DAN PENGERUSI TEKNIK (PERMAINAN) ZON JOHOR.
• Tarikh : 3 Jun 2010 / Masa : 4.00 petang / Tempat : Bilik Mesyuarat SMV Batu Pahat

• MESYUARAT KETUA KONTIJEN DAN PENGURUS PASUKAN.
• Tarikh : 3 Jun 2010 / Masa : 8.30 malam / Tempat : Bilik Mesyuarat SMV Batu Pahat

• MESYUARAT PENGADIL.
• Tarikh / Masa / Tempat - (Rujuk Jadual - A)

• TAKLIMAT PESERTA DAN PEMANDU.
• Tarikh / Masa / Tempat - (Rujuk Jadual - A)

JADUAL - A .
Tarikh : 3 Jun 2010 / Masa : 8.00 malam
Bil Tempat Permainan
1 SMV Muar
( Dewan Makan ) - Ragbi
- Bahas
2 SMV Batu Pahat
( Dewan Makan ) - Bola Sepak
- Bola Jaring
- Rekacipta
3 SMV Kluang
( Dewan Makan ) - Sepak Takraw
- Softball

PERHATIAN UNTUK SEMUA KONTINJEN
KEJOHANAN ANTARA TEKNIK KALI KE-13


UNTUK MEMASTIKAN TIDAK TIMBUL SEBARANG MASALAH SEMASA KEJOHANAN INI BERLANGSUNG, SETIAP KONTINJEN HENDAKLAH MEMATUHI PERKARA BERIKUT :-

1. TEMPAT PENGINAPAN

Setiap kontinjen hendaklah berada di tempat yang ditetapkan sepanjang kejohanan berlangsung.

1.1. Permainan Bola Sepak, Bola Jaring & Rekacipta & Inovasi
- SMV BATU PAHAT

1.2. Sofbol dan Sepak Takraw
- SMV KLUANG

1.3. Ragbi dan Bahas Bahasa Inggeris
- SMV MUAR


2. PENDAFTARAN PESERTA

2.1. Ditempat Penginapan
Sila pastikan anda mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pengelola kejohanan, dan semua peserta dikehendaki mendaftar dengan urusetia penginapan sebelum jam 7.00 malam.


2.2. Pertandingan / Pengesahan Pendaftaran
2.2.1. Semua peserta wajib didaftarkan / pengesahan sebelum mesyuarat pengurus pasukan bermula – dari jam 7.00 malam hingga 8.30 malam.
2.2.2. Perubahan nama peserta boleh dibuat semasa proses pendaftaran berlaku.
2.2.3. Semua peserta yang telah disahkan oleh Urusetia dibenarkan untuk bermain, manakala peserta yang tidak disahkan tidak dibenarkan bermain sepanjang kejohanan ini berlangsung.
2.2.4. Sila bawa bersama-sama borang T02 dan T01 dan salinan Kad Pengenalan yang disahkan semasa melakukan proses pengesahan pemain.


3. MESYUARAT PENGURUS / JURULATIH

Semua pengurus dan jurulatih diwajibkan hadir ke mesyuarat yang dinyatakan pada masa , tarikh dan tempat seperti berikut :-

Masa : 8.30 Malam
Tarikh : 03 Jun 2010 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat SMV Batu Pahat.
4. TAKLIMAT PESERTA DAN PEMANDU

Bagi memastikan kejohanan ini tidak meninggalkan tragedi yang tidak meyenangkan, maka semua peserta dan pemandu wajib hadir ke majlis yang tersebut pada ketentuan seperti berikut :-

4.1. Peserta

SMV Muar - Ragbi dan Bahas
SMV Batu Pahat - Bola Sepak, Bola Jaring dan Rekacipta
SMV Kluang - Sofbol dan Sepak Takraw


4.2. Pemandu

Satu taklimat ringkas untuk pemandu akan dibuat di kesemua lokasi seperti 4.1, pemandu yang membawa kontinjen dikehendaki hadir (Wajib) ke majlis taklimat tersebut.



5. PAS: KETUA KONTINJEN / PENGURUS / JURULATIH / PENGADIL / PEMANDU DAN PESERTA.

Sepanjang kejohanan ini berlangsung semua yang terlibat dikehendaki memakai pas pengenalan yang akan diserahkan kepada semua semasa meesyuarat pengurus pasukan, mana-mana ahli kontinjen yang tidak memakai pas ini, tidak dibenarkan berada di kawasan permainan.


6. JADUAL PERLAWANAN

Jadual perlawanan yang telah disediakan, tidak boleh diubah, semua pasukan dikehendaki mematuhi apajua yang telah diputuskan.


7. MAKAN DAN MINUM

Sepanjang kejohanan ini berlangsung, semua pegawai , peserta , pemandu dan mereka yang terlibat secara langsung, makan minum disediakan oleh penganjur. Tiada sebarang tuntutan dibenarkan.


8. PENGINAPAN

Bagi memastikan tempat penginapan yang disediakan berada dalam keadaan yang baik, semua anggota kontinjen dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penginapan. Sekiranya didapati berlaku kerosakan, maka kontinjen berkenaan dikehendaki bertanggungjawab dan akan diminta untuk membayar / membaiki sebarang kerosakan yang dilakukan oleh anggota kontinjen mereka.



9. JAMUAN PERDANA

Oleh kerana kedudukan kewangan tidak mengizinkan, tiada jamuan perdana akan diadakan pada tahun ini.


10. BENDERA ZON

Semua kontinjen, dikehendaki membawa bendera zon masing-masing , terutama sekali pada majlis penutupan rasmi kejohanan iaitu pada 6 Jun 2010.


11. PEGAWAI – PEGAWAI YANG PERLU DIHUBUNGI SEPANJANG KEJOHANAN INI BERLANGSUNG.

11.1. Penyelaras KAT Kebangsaan

En A.Rahman bin Makbul Ahmad - 012/017 – 6192939
En Wan Hanapi bin Wan Musa - 012 – 8872696
En Mohd Padli bin Sulaiman - 016 - 5114996
En Mohd Idris bin Hj Salam - 013 – 7799719
Pn Azlina binti Paijan - 019 - 2146186


11.2. Pengelola

En Omar bin Hassan (SMV BT Pahat) - 017- 7141472
En Esahak (SMV Kluang) - 019- 7418902
En Ismail (SMV Muar) - 016 – 9812736

11.3. Pegawai Multimedia

En Mohd Fadzlee bin Mashud - 013 – 7078855



12 MAJLIS PENUTUP

Semua kontinjen tidak dibenarkan balik awal, dan hendaklah berada di SMV Batu Pahat sebelum jam 2.30 petang, bagi memeriahkan majlis penutupan rasmi Kejohanan Antara Teknik. Untuk makluman semua kontinjen dikehendaki berbaris masuk sebaik sahaja perlawanan bolasepak berakhir. Majlis penutupan rasmi akan disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Ir Wee Kah Siong.

12.1. Semua ahli kontinjen dikehendaki memakai pakaian rasmi kontinjen masing-masing.

12.2. Sila patuhi arahan yang akan dikeluarkan oleh pengelola dari masa ke semasa . JAGALAH NAMA BAIK SMT/SMV

1 Comments:

Anonymous THE CATORS / ALUMNI SMTLCI said...

mari mengundi untuk kajiselidik alumni SMTLC

KLIK DISINI

http://thecators.wordpress.com/2010/06/05/kaji-selidik-alumni-smtlc/

atau

www.thecators.wordpress.com

June 5, 2010 at 1:27 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini