Tuesday, June 29, 2010

PERASMIAN HARI KOPERASI SEKOLAH

LAKON SEMULA
PUSAT CUCI KERETA


WAKIL ANGKASA

WAKIL ANGKASA

PENGURUS KARAOKE






JEMPUTAN KHAS

HAKIM KARAOKE

PENGURUS PETANQE



TARIKH : 28 JUN 2010 - 3 JULAI 2010
MASA : 7.30 - 11.00 AM
TEMPAT : SMTLC

28 JUN 2010
7.30 - UCAPAN -;-

-KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA
-MENTERI PERDAGANGAN
-TIMBALAN PERDANA MENTERI

-UCAPAN PERASMIAN
-GIMIK PERASMIAN
- MENANAM POKOK HARI KOPERASI
-PERASMIAN HOMESTAY SMTLC
-MELAWAT BENGKEL MENCUCI KERETA ( SCHOOL ENTERPRISE)
-JAMUAN

29 JUN 2010
- PERTANDINGAN BOWLING - IPOH PARADE
30 JUN 2010
-PERTANDINGAN PETANQE
-KARAOKE
-GOLF SATU LUBANG

dan banyak lagi....

Saturday, June 26, 2010

PERLAWANAN BOLA SEPAK BEKAS PELAJAR TAHUN 2000 DENGAN GURU/PELAJAR TAHUN 2010


























TARIKH : 26 JUN 2010
MASA : 10.00 PG
TEMPAT : PADANG BOLA TAMAN DR SEENIVISAGAM

KEPUTUSAN PERTANDINGAN :

ALUMNI ( 5 ) VS PELAJAR/GURU SMTLC (3 ) ... TAHNIAH KEPADA YG BERJAYA.

JAMUAN MAKAN - 12.00 TGH
LAWATAN KE HOMESTAY ASRAMA : 1.00 TGH

Terimkasih kpd guru dan pelajar serta bekas-bekas pelajar yg hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan pilihan anda...semangat SMTLC/piala Dunia

Friday, June 25, 2010

PERTANDINGAN BOWLING STAF SMT/SMV NEGERI PERAK


TARIKH : 25 JUN 2010
MASA : 5.00 PTG
TEMPAT : IPOH PARADE
BAYARAN : RM 35.00 SHJ
HADIAH ; 15 TEMPAT...
PENYERTAAN : SMTT/V NEGERI PERAK.
Mari bersama memberi sokongan kepada pihak SMTLC.

Thursday, June 24, 2010

SIJIL MODULAR DAN FAIL MPAV


Kepada pelajar-Pelajar Tingkatan 5 Tahun 2009.

Boleh mengambil....

1. Sijil Modular MPAV- Dipejabat sekolah
2. Fail MPAV - Guru Bengkel masing-masing ..(call dulu)

Selamat melanjutkan pelajaran di IPTS/IPTA dan seumpama nya....

Monday, June 21, 2010

PENGREDAN MARKAH KOKU 2010

DIMINTA SEMUA PELAJAR TINGKATAN LIMA MENGHANTAR BUKU PENILAIAN KOKURIKULUM KEPADA :- (SEGERA)

1. S/U KOKURIKULUM : EN ROSIDI FAHLID DI KOPERASI SEKOLAH.
2. PK. KOKURIKLUM.

KERJASAMA ANDA DIUCAPKAN TERIMA KASIH.

Wednesday, June 16, 2010

KELONG - RASAILAH KELAINAN BERADA DI TENGAH LAUTAN

Di tingkat satu - kws memancing dan memasang khemah..sejuk

Di tangga pendaratan ke kelong
ruang rehat..dan tempat menonton
air..jernih
Di tingkat 2..ruang bekas tangkol jaring..tapi dah rosak
Dapat ikan...siakap pinang putih..rasanya
tingkat satu kawasan tangkol
ruang tengah di tingkat satu
kawasan termenung, makan dan minum..sebelah kanan..dapur masak.
zul..test
ini..kemudahan yg nak diberi..
tingkat atas tu (TINGKAT 3).. hotel depa..dorm pun ada...mana ada masa nak tidur !
dah nak dekat dr bot.
baru bergerak dr jeti..bot laju.
gambar hujung sebelah kanan..macam semut tu le kelong.
TARIKH : 14 JUN 2010

TEMPAT : KELONG SABAK BERNAM
PACKAGE : 1 HARI 1 MALAM...SABTU/AHAD -RM180
BOT, MAKAN 5 KALI.
PERALATAN YG PERLU DIBAWA SENDIRI.
KHEMAH/SLEEPING BAG.
JORAN (MINIMA 10 BATANG) DAN UMPAN- IKUT IKAN YG NAK DITANGKAP.

BERMINAT : CONTACT ZULHAIDI...BYR SEBULAN RM100 X 2 BULAN.

Saturday, June 12, 2010

LAWATAN TN PENGETUA KE NEGARA CHINA BERSAMA PEGAWAI BPTV, K.L


TARIKH : MULAI 7 JUN 2010
TEMPAT : NEGARA CHINA
TAJUK : LAWATAN BERSAMA BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL

DOA : Semoga selamat pergi dan kembali.. dengan membawa pengalaman-pengalaman yang yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit...perjalanan yang insyallah..., dapat mengembangkan ilmu dan memantap/meningkatkan iman...

Friday, June 11, 2010

MOTIVASI...




"CERITA PASAL DEMONTRASI BENCI ISRAIL- BEBASKAN PALESTIN",

Israel mesti ditentang menurut kaedah yang menyakitkan mereka.”
“Apa yang menyakitkan mereka?”
“Mereka bimbang sekiranya bilangan orang Islam yang solat subuh berjemaah sama dengan bilangan orang Islam yang solat Jumaat! Ini diakui oleh cerdik pandai mereka sendiri.”
“Jadi?”
“Sebaik-baik ‘demonstrasi’ ialah didik umat ini bersolat Subuh secara berjemaah di surau-surau dan masjid. Solat itu hubungan kita dengan Allah. Jangan harap musuh akan kalah, kalau Allah tidak bantu kita. Lihat di Badar, lihat di Khandak, bagaimana Rasulullah saw dan sahabat akrab dengan Allah. Lihat pula Salehuddin, lihat pula Muhammad al Fateh, bagaimana teguhnya mereka menjaga solat dan ibadat-ibadat khusus yang lain.”
Kebanyakan umat Islam, termasuk saya, hanya bencikan Yahudi pada mulut sahaja tetapi pada tindakan tidak.”cthnya merokok dan beli barangan mereka.

Alangkah indahnya jika demonstrasi dibuat seusai solat Subuh berjemaah dan sebelum itu didahului oleh qiamulail dan qunut nazilah?

Dan kemudian setelah selesai berdemonstrasi, para pemimpin dan ribuan pengikutnya itu terus sahaja mengamalkan cara hidup Islam dalam diri, keluarga, jabatan, unit, organisasi, masyarakat dan bahagian masing-masing. Bukan hari itu sahaja… tetapi hari-hari. Setiap hari!

Ah, bagaimana umat ini hendak disedarkan bahawa mengamalkan cara hidup Islam itulah cara penentangan yang paling dibenci oleh Yahudi? Firman Allah:
“Sekali-kali tidak redha orang Yahudi dan Nasrani sehingga kamu mengikut millah (cara hidup) mereka.”
Dan alangkah baiknya jika jeritan Allah hu Akbar, dibuktikan dengan penegakan hukum Allah dalam seluruh sistem kehidupan sekali gus ‘mengecilkan’ pandangan akal sendiri dalam menyusun dan mengatur kehidupan ini?

MESYUARAT AGONG ALUMNI SMTLC KALI KEDUA


TARIKH : 12 JUN 2010
MASA : 9.00 PG
TEMPAT : BILIK GERAKAN SMTLC

SELAMAT BERMESYUARAT.....

Selain pelantikan AJK...pastikan rancang matlamat dan objektif.
Kenalpasti kekuatan, kenalpasti kaedah untuk capai matlamat dan buat perancangan...tentukan masa untuk mencapai matlamat tersebut.
Antara perkara yg perlu dibuat :-
...bagaimana nak satukan semua bekas pelajar, pelajar lama/baru, besar/kecil, berjaya/biasa-biasa je, kerajaaan/swasta, jutawan/penganggur dan lain2.
...menyediakan analisis bekas pelajar, ..bilangan / nama / kursus / pencapaian(akademik, kemahiran, koku, sahsiah, perniagaan).
..menyumbangkan kepakaran, pengetahuan, kemudahan dan mungkin kewangan/peralatan.
... bantu menaikan imej smtlc/ vi.
..dan macam-macam lagi yg difikirkan sesuai.

KOMEN...
Hasil dari perjumpaan dan perbincangan....dicadangkan..
waktu terdekat ini diadakan program "BACK TO SCHOOL" mengikut tahun/kelas masing-masing. Aktivitinya.. mendaftar petang dan tidur di asrama. Pada malam ..makan dikawasan terbuka (gerai disediakan..makan dan bayar sendiri)asrama sambil bersantai dann menonton skrin besar...Tayangan Power point dan video..gambar-gambar lama semasa persekolahan.( bawa pendrive untuk di upload ke komputer..)
Berminat ..hubungi segera j/w Alumni...

Perjumpaan besar akan diadakan pada bulan disember selepas beberapa sessi "BACK TO SCHOOL" dilaksanakan.

Tuesday, June 1, 2010

MAKLUMAT AKHIR KEJOHANAN ANTARA TEKNIK PERINGKAT KEBANGSAAN

Pasukan Sepak Takraw (Ke 4)
Pasukan Bola Jaring
Rekacipta (Ke 4)
Pasukan Ragbi
Pasukan Sofbol (Ke 4)
Pasukan Bahas Bahasa Inggeris
Pasukan Bola Sepak (Ke 4)
Barisan Pengetua-pengetua
Penyerahan Bendera Kejohanan Kepada Ketua Kontijen
PK Koku SMTLC / SMV Ipoh

Piala Pusingan Keseluruhan, Sepaktakraw dan Bola sepak
...hantar dan tak kembali....

Pengerusi PKPSMT Zon Perak.

Tn Hj Abd Aziz - Pengetua Cemerlang DG54


KLIK : KEPUTUSAN KEJOHANAN ANTARA TEKNIK PERINGKAT KEBANGSAAN

KOMEN UNTUK K.A.T KEBANGSAAN 2010.
Tahniah dan terimakasih kepada semua pengerusi zon, pengetua-pengetua, pengurus pasukan, jurulatih yang memberi motivasi dan peserta-peserta yang telah bersungguh-sungguh untuk mempertahankan kejuaraan piala pusingan keseluruhan 2009...Namun nasib tidak menyebelahi kita,, kita hanya mampu mendapat tempat keempat dalan acara, sofbol, bolasepak, sepaktakraw dan rekacipta.

Kalah menang..memang adat pertandingan. Tetapi pasukan yang bijak akan mengkaji kekuatan dan kelemahan diri dan pasukan. Lihat standard/kualiti kemahiran/skill terkini semua pasukan yg telah meningkat dan strategi mereka yg berkesan (cth pasukan bolasepak p.pinang dgn 3 pemainnya dikenakan kad merah dan tidak dpt bertanding dan penjaga gol hanya daripada pemain biasa, masih mampu mengalahkan pasukan zon perak dgn 2 - 1).. adakah skill dan strategi kita, masih di tahap lama ?
Lagi satu...tahap disiplin peserta. Disiplin dari berbagai sudut. ( cth, adab, masa, fizikal/latihan, pemakanan dan kerohanian) Namun disiplin dari segi kerohanian...jarang-jarang kita ambil berat.
Oleh itu ingatlah...jika disiplin kerohanian ini dijaga.. insyallah pasukan kita akan terus hebat di dalam dunia..lebih2 lagi di akhirat....(cth.Cara pakaian (aurat), Jaga waktu sembahyang/zikir/quran/doa, tidur ikut masa menghormati semua guru dan menjaga prestasi pelajaran). wallahualam


slide



MAKLUMAT AKHIR KEJOHANAN ANTARA TEKNIK PERINGKAT KEBANGSAAN

MAKLUMAT INI DITUJUKAN KEPADA PENGURUS-PENGURUS PASUKAN YANG MEWAKILI ZON PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN DI JOHOR.

SMT T INTAN : REKACIPTA KEDUA
SMT K KANGSAR : SOFBOL
SMT TAIPING : BOLA JARING
SMT SERI MANJUNG : SEPAK TAKRAW
SMT K KANGSAR : RAGBI
SMT IPOH : BOLA SEPAK
SMT IPOH : BAHAS
SMT SLIM RIVER : REKACIPTA PERTAMA


1. TEMPAT PERTANDINGAN MENGIKUT ACARA

a. SMT Kluang : Sofbol dan Sepak Takraw
b. SMT Batu Pahat : Bola Sepak, Bola Jaring dan Rekacipta.
c. SMT Muar : Ragbi dan Bahas

2. PENGANGKUTAN PESERTA
a. Bas SMT Manjung : Membawa pasukan Sepak Takraw dan Sofbol
b. Bas SMT Taiping : Membawa pasukan Bola Jaring dan Rekacipta (Teluk Intan).
c. Bas SMT Kuala Kangsar : Membawa pasukan Ragbi dan Bahas.
d. Bas SMT Ipoh : Membawa pasukan Bola Sepak
e. Kenderaan Sendiri : Rekacipta (Slim River)

3. JADUAL PERJALANAN MULA BAS ADALAH :-
Tarikh : 3 hb Jun 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat Berkumpul: SM Teknik Slim River

4. JADUAL PERJALANAN BALIK BAS ADALAH (CADANGAN):-
Tarikh : 7 hb Jun 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat Berkumpul: SM Teknik Muar (pindah pelajar)

TENTATIF MAJLIS PELEPASAN KONTINJEN.


5. ATURCARA TENTATIFE PROGRAM PELEPASAN
Tarikh : 3 hb Jun 2010
Masa : 9.00 pagi
Tempat Berkumpul: SM Teknik Slim River

Ucapan Aluan Pengacara Majlis.
Bacaan Doa
Ucapan Pengerusi PKPSMT
Penyerahan Bendera Kontinjen.
Doa Selamat
Kontijen berlepas.


Tindakan :-
1. Menguruskan tambahan (duit poket pelajar) daripada duit makan asrama/pibg masing-masing.(4 hari)
2. Membawa sesalinan baju batik untuk persediaan jamuan atau majlis penutup atau yg sesuai.
3. Memastikan bayaran sumbangan PIBG ke bendahari PKPSMT Kebangsaan telah diuruskan.
4. MEMBAWA PIALA PUSINGAN SETIAP ACARA (JOHAN, cth Bolasepak) DAN PIALA PUSINGAN KESELURUHAN KEBANGSAAN (TAIPING).
5. Bawa Ubat-ubatan.
6.Lain-lain yang difikirkan perlu.

7. PENDAFTARAN PASUKAN
• DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN PASUKAN DARIPADA email pengurus pasukan masing-masing.
• SEMAK SENARAI NAMA DAN KEMASKINI.
• DAPATKAN PENGESAHAN PENGETUA DAN COP.
• BUAT 4 SALINAN. (UTK – PENGINAPAN, PENDAFTARAN, KETUA KONTINJEN (DOKUMENTASI – serahkan semasa majlis pelepasan di SMT Slim River) DAN SIMPANAN KETUA PASUKAN)
• BAWA BERSAMA SEMASA PENDAFTARAN.

PENDAFTARAN INDIVIDU
• DOWNLOAD BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU DARIPADA email pengurus pasukan masing-masing.
• DAPATKAN PENGESAHAN PENGETUA DAN COP.
• BUAT 3 SALINAN. (UTK –PENDAFTARAN, KETUA KONTINJEN(DOKUMENTASI– serahkan semasa majlis pelepasan di SMT Slim River)) DAN SIMPANAN KETUA PASUKAN)
• BAWA BERSAMA SALINAN KAD PENGENALAN.


SILA DOWNLOAD MAKLUMAT BERIKUT :


MAKLUMAT PENTING UNTUK SEMUA KONTINJEN
MAKLUMAT JADUAL TENTATIF
• MAKLUMAT JADUAL PERTANDINGAN SETIAP ACARA
• MAKLUMAT PERATURAN PERTANDINGAN SETIAP ACARA


SILA LAWATI LAMAN WEB RESMI KEJOHANAN ANTARA TEKNIK PERINGKAT KEBANGSAAN
KLIK : http://katjhr.webnode.com


KEJOHANAN ANTARA TEKNIK KEBANGSAAN 2010
- PERHATIAN -

• MESYUARAT PENGERUSI TEKNIK (PERMAINAN) KEBANGSAAN DAN PENGERUSI TEKNIK (PERMAINAN) ZON JOHOR.
• Tarikh : 3 Jun 2010 / Masa : 4.00 petang / Tempat : Bilik Mesyuarat SMV Batu Pahat

• MESYUARAT KETUA KONTIJEN DAN PENGURUS PASUKAN.
• Tarikh : 3 Jun 2010 / Masa : 8.30 malam / Tempat : Bilik Mesyuarat SMV Batu Pahat

• MESYUARAT PENGADIL.
• Tarikh / Masa / Tempat - (Rujuk Jadual - A)

• TAKLIMAT PESERTA DAN PEMANDU.
• Tarikh / Masa / Tempat - (Rujuk Jadual - A)

JADUAL - A .
Tarikh : 3 Jun 2010 / Masa : 8.00 malam
Bil Tempat Permainan
1 SMV Muar
( Dewan Makan ) - Ragbi
- Bahas
2 SMV Batu Pahat
( Dewan Makan ) - Bola Sepak
- Bola Jaring
- Rekacipta
3 SMV Kluang
( Dewan Makan ) - Sepak Takraw
- Softball

PERHATIAN UNTUK SEMUA KONTINJEN
KEJOHANAN ANTARA TEKNIK KALI KE-13


UNTUK MEMASTIKAN TIDAK TIMBUL SEBARANG MASALAH SEMASA KEJOHANAN INI BERLANGSUNG, SETIAP KONTINJEN HENDAKLAH MEMATUHI PERKARA BERIKUT :-

1. TEMPAT PENGINAPAN

Setiap kontinjen hendaklah berada di tempat yang ditetapkan sepanjang kejohanan berlangsung.

1.1. Permainan Bola Sepak, Bola Jaring & Rekacipta & Inovasi
- SMV BATU PAHAT

1.2. Sofbol dan Sepak Takraw
- SMV KLUANG

1.3. Ragbi dan Bahas Bahasa Inggeris
- SMV MUAR


2. PENDAFTARAN PESERTA

2.1. Ditempat Penginapan
Sila pastikan anda mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pengelola kejohanan, dan semua peserta dikehendaki mendaftar dengan urusetia penginapan sebelum jam 7.00 malam.


2.2. Pertandingan / Pengesahan Pendaftaran
2.2.1. Semua peserta wajib didaftarkan / pengesahan sebelum mesyuarat pengurus pasukan bermula – dari jam 7.00 malam hingga 8.30 malam.
2.2.2. Perubahan nama peserta boleh dibuat semasa proses pendaftaran berlaku.
2.2.3. Semua peserta yang telah disahkan oleh Urusetia dibenarkan untuk bermain, manakala peserta yang tidak disahkan tidak dibenarkan bermain sepanjang kejohanan ini berlangsung.
2.2.4. Sila bawa bersama-sama borang T02 dan T01 dan salinan Kad Pengenalan yang disahkan semasa melakukan proses pengesahan pemain.


3. MESYUARAT PENGURUS / JURULATIH

Semua pengurus dan jurulatih diwajibkan hadir ke mesyuarat yang dinyatakan pada masa , tarikh dan tempat seperti berikut :-

Masa : 8.30 Malam
Tarikh : 03 Jun 2010 (Khamis)
Tempat : Bilik Mesyuarat SMV Batu Pahat.
4. TAKLIMAT PESERTA DAN PEMANDU

Bagi memastikan kejohanan ini tidak meninggalkan tragedi yang tidak meyenangkan, maka semua peserta dan pemandu wajib hadir ke majlis yang tersebut pada ketentuan seperti berikut :-

4.1. Peserta

SMV Muar - Ragbi dan Bahas
SMV Batu Pahat - Bola Sepak, Bola Jaring dan Rekacipta
SMV Kluang - Sofbol dan Sepak Takraw


4.2. Pemandu

Satu taklimat ringkas untuk pemandu akan dibuat di kesemua lokasi seperti 4.1, pemandu yang membawa kontinjen dikehendaki hadir (Wajib) ke majlis taklimat tersebut.



5. PAS: KETUA KONTINJEN / PENGURUS / JURULATIH / PENGADIL / PEMANDU DAN PESERTA.

Sepanjang kejohanan ini berlangsung semua yang terlibat dikehendaki memakai pas pengenalan yang akan diserahkan kepada semua semasa meesyuarat pengurus pasukan, mana-mana ahli kontinjen yang tidak memakai pas ini, tidak dibenarkan berada di kawasan permainan.


6. JADUAL PERLAWANAN

Jadual perlawanan yang telah disediakan, tidak boleh diubah, semua pasukan dikehendaki mematuhi apajua yang telah diputuskan.


7. MAKAN DAN MINUM

Sepanjang kejohanan ini berlangsung, semua pegawai , peserta , pemandu dan mereka yang terlibat secara langsung, makan minum disediakan oleh penganjur. Tiada sebarang tuntutan dibenarkan.


8. PENGINAPAN

Bagi memastikan tempat penginapan yang disediakan berada dalam keadaan yang baik, semua anggota kontinjen dikehendaki mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Penginapan. Sekiranya didapati berlaku kerosakan, maka kontinjen berkenaan dikehendaki bertanggungjawab dan akan diminta untuk membayar / membaiki sebarang kerosakan yang dilakukan oleh anggota kontinjen mereka.



9. JAMUAN PERDANA

Oleh kerana kedudukan kewangan tidak mengizinkan, tiada jamuan perdana akan diadakan pada tahun ini.


10. BENDERA ZON

Semua kontinjen, dikehendaki membawa bendera zon masing-masing , terutama sekali pada majlis penutupan rasmi kejohanan iaitu pada 6 Jun 2010.


11. PEGAWAI – PEGAWAI YANG PERLU DIHUBUNGI SEPANJANG KEJOHANAN INI BERLANGSUNG.

11.1. Penyelaras KAT Kebangsaan

En A.Rahman bin Makbul Ahmad - 012/017 – 6192939
En Wan Hanapi bin Wan Musa - 012 – 8872696
En Mohd Padli bin Sulaiman - 016 - 5114996
En Mohd Idris bin Hj Salam - 013 – 7799719
Pn Azlina binti Paijan - 019 - 2146186


11.2. Pengelola

En Omar bin Hassan (SMV BT Pahat) - 017- 7141472
En Esahak (SMV Kluang) - 019- 7418902
En Ismail (SMV Muar) - 016 – 9812736

11.3. Pegawai Multimedia

En Mohd Fadzlee bin Mashud - 013 – 7078855



12 MAJLIS PENUTUP

Semua kontinjen tidak dibenarkan balik awal, dan hendaklah berada di SMV Batu Pahat sebelum jam 2.30 petang, bagi memeriahkan majlis penutupan rasmi Kejohanan Antara Teknik. Untuk makluman semua kontinjen dikehendaki berbaris masuk sebaik sahaja perlawanan bolasepak berakhir. Majlis penutupan rasmi akan disempurnakan oleh YB Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Datuk Dr Ir Wee Kah Siong.

12.1. Semua ahli kontinjen dikehendaki memakai pakaian rasmi kontinjen masing-masing.

12.2. Sila patuhi arahan yang akan dikeluarkan oleh pengelola dari masa ke semasa . JAGALAH NAMA BAIK SMT/SMV

Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini