Sunday, May 15, 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011


TARIKH : 16 MEI 2011

PERUTUSAN HARI GURU 2011

YAB PERDANA MENTERI MALAYSIA
KETUA PENGARAH PELAJARAN MALAYSIA

UCAPAN PENGARAH PELAJARAN PERAK
KEPADA WARGA PENDIDIKAN NEGERI PERAK
SEMPENA SAMBUTAN HARI GURU
TAHUN 2011

Sempena Sambutan Perayaan Hari Guru Tahun 2011, kita perlu menyedari betapa pentingnya peranan kita untuk melonjakkan kecemerlangan akademik secara keseluruhan. Di samping itu sebagai tuan rumah Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia (MSSM) 2011, jalinan semangat kerjasama sebagai satu pasukan dalam kalangan seluruh warga pendidik di negeri Perak amat dituntut. Sederap dengan hasrat ke arah kecemerlangan akademik dan kokurikulum, kita juga perlu menjaga serta mempertahankan imej organisasi melalui kesopanan tutur kata dan kesesuaian tingkahlaku, terutama sekali apabila berurusan dengan pelanggan kita termasuklah anak murid serta para ibu bapa. Sebagai agen penjana transformasi, para guru harus menghayati serta melaksanakan segala tanggungjawab yang telah diamanahkan secara berintegriti dan beretika sepanjang masa, sesuai dengan tema Hari Guru pada tahun ini “Guru Penjana Transformasi Pendidikan Negara”.


“Selamat Menyambut Hari Guru 2011”


Daripada:

DATO MOHD RAUHI BIN MOHD ISA, DPMP., PMP., KMN., AMP., PPT

Pengarah Pelajaran Perak





"SELAMAT HARI GURU......"
Kepada semua pelajar-pelajar ...ucapkanlah.. kalimah agong ini kepada guru-guru anda..melalui blog ini......(tulis diruangan bawah blog atau ruang komen, nyatakan nama /kursus dan tahun )

Lagu Guru Malaysia

Kami guru Malaysia
Berikrar dan berjanji
Mendidik dan memimpin
Putra putri negara kita



Pada Seri Paduka
Kami tumpahkan setia
Rukun Negara kita
Panduan hidup kami semua




Di bidang pembangunan
Kami tetap bersama
Membantu, membina
Negara yang tercinta




Amanah yang diberi
Kami tak persiakan
Apa yang kami janji
Tunai tetap kami tunaikan




Lagu & Lirik : Hashim Ahmad




sila download di sini (right click & click save link as): Muzik & Vokal & versi Minus One

1 Comments:

Anonymous Anonymous said...

SElamat hari guru...ucapan...sentiasa betulkan niat anda pada setiap pagi..berkhidmat untuk dapatkan keredaan allah s.w.t. mendidik anak bangsa untuk taat perintah anda dan dapat menjauhi segala larangannya dgn cara berhemah dan bijaksana. wallahualam..

May 15, 2011 at 1:43 PM  

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home

Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini