SELAMAT MENYAMBUT AEDIL ADHA 2011
Hari Raya Aidil Adha, merupakan salah satu hari yang cukup penting lagi dipenuhi sejarah, seluruh umat Islam bertakbir, bertasbih, bertahmid, dan turut beringat-ingat tentang kisah yang menjadi teladan buat kita semua: bagaimana Nabi Ismail a.s. telah dengan rela hati meminta ayahandanya Nabi Ibrahim a.s. mengikuti perintah Allah s.w.t. agar dia dikorbankan.
Kita semua ingat bagaimana di saat-saat akhir, Allah s.w.t. telah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor biri-biri, yang akhirnya menjadi korban. Tetapi, apa yang harus kita ingat juga ialah pengajaran: betapa peritnya perasaan si bapa, Nabi Ibrahim a.s., yang harus mengetepikan naluri kebapaannya yang terlalu mengasihi anaknya demi mengerjakan perintah Tuhan. Pengorbanan inilah – untuk mengetepikan perasaan sendiri demi sesuatu yang lebih besar dari diri kita sendiri – yang harus kita ingati dan kita amalkan. Subhanallah
"BAGAIMANA PENGORBANAN KITA SEBAGAI PELAJAR - untuk mencapai matlamat ... ?"
"BAGAIMANA PENGORBANAN KITA SEBAGAI GURU UTK ANAK BANGSA DAN AGAMA - setimpalkah (apa yg kita dpt) dengan masa, tenaga dan harta yang kita sumbangkan ?"
"Sebaik-baik korban adalah korban seorang hamba terhadap penciptanya yang menganugerahkan pelbagai nikmat terhadapnya."
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home