Tuesday, November 29, 2011

TIADA HANTAR DRAF SIJIL PENGHARGAAN

PERINGATAN KEPADA PELAJAR TINGKATAN 5 YANG MASIH TIDAK MENGHANTAR MAKLUMAT BERIKUT KEPADA PK HEM, :-

1. TIDAK HANTAR DRAF SIJIL PENGHARGAAN.
2. TIDAK HANTAR DRAF SIJIL BERHENTI / AKUAN


TINDAKAN SEGERA ANDA ...!!

MOHON BERJUMPA DENGAN PK HEM DENGAN SEGERA ATAU MELALUI SMS - NYATAKAN NAMA, KURSUS DAN MASALAH ANDA.

ATAU HANTAR BORANG DRAF SIJIL TERSEBUT TERUS KEPADA PEJABAT
U/P : ( EN EMAN / A RAJ / PN NORHASHIMA)

Peringatan :!!!! "sijil penghargaan tidak akan disediakan kepada pelajar yang tidak memohon / menghantar draf sijil tersebut" - harap maklum.

Monday, November 28, 2011

MAJLIS PERSARAAN HJ AMRAN






TARIKH : 24 NOV 2011
TEMPAT : HOTEL REGANCY IPOH
MASA : 1.00 TGH

LAPORAN MINIT CURAI

KEPADA SEMUA GURU-GURU DAN STAF SMVLC IPOH YANG MENGHADIRI KURSUS DAN MESYUARAT, BILA-BILA MASA, DIMANA-MANA. DIPOHON MENGHANTAR SESALINAN LAPORAN KEPADA PENGETUA.

FORMAT LAPORAN : KLIK DIsini

BEKAS PELAJAR KIMPALAN TAHUN 2010













"MOTIVASI UNTUK PELAJAR SMV LEBUH CATOR IPOH "

"PAKAR WELDING - KELAS KFL - 2009/2010"
- MOHAMAD AFFIQ
- Gaji : jangan tanya la - tengok le cabaran tempat kerja nya.

SELAMAT MENYAMBUT MAALHIJRAH 1433

Salam Menyambut Maal Hijrah tahun baru Masihi (1433) pada Ahad 27 November 2011

MOTIVASI....

Tahun 1433,..SETTINGKAN... Tambah amalan kita untuk mencari ilmu. Lihat kekurangan dalam diri bukan lihat kekurangan orang lain. Betulkan diri bukan nak betulkan orang lain. Perkara keduniaan tanpa penjernihan roh tidak ada nilai rawatan jiwa.
Lihat tv channel yang kita suka.... itulah gambaran kita. Pilihan ditangan kita utk mencari sumber ilmu....dan terus berubah.

Prof Dr Muhaya
‎4 aspek kita kena bina,
1. Hubungan dgn Allah, jaga solat, aurat kita,
2. Hubungan dgn manusia, mesra sabar, lemah lembut,rapat silaturrahim,
3. Cemerlang akhlak - keperibadian- kerana membina aklhak lah nabi dibangkitkan. Hidup senang tapi tak tenang kerana hati terbakar penuh kejahatan,
4. Cemerlang kerjaya- ingat.. buat kerja dgn terbaik, buat perkara betul dgn betul betul, bukan perkara tak betul di buat betul betul. Tanyalah ustaz t v 9

Saturday, November 26, 2011

MAKLUMAT PENYERTAAN DAN PELAKSANAAN PERTANDINGAN KAVoT ASRAMA SMT/V PERINGKAT KEBANGSAAN / ZON PERAK TAHUN 2011


PEGAWAI DAN HJ ZULKIFLI - BPTV
PEGAWAI DAN PEMENANG IDOL- JOHAN
FOTO BERSAMA SUBKHIDIN- Pengadil bolasepak antarabangsa - FIFA
TEAM BOLA TAMPAR (guru suhana & radzi)




















KEPUTUSAN PERTANDINGAN KARNIVAL ASRAMA SMT/V PERINGKAT KEBANGSAAN:-
(PENCAPAIAN ZON PERAK)
1. CATUR LELAKI -JOHAN (SMTG)
2. CATUR LELAKI -KETIGA (SMTI)
3. LAGU ASLI PEREMPUAN - JOHAN (SMVKK)
4. LAGU ASLI LELAKI - KEEMPAT (SMVSI)
5. TILAWAH - PEREMPUAN - KEDUA (SMTG)
6. TILAWAH - LELAKI - KEDUA (SMTT)
7. BOLA TAMPAR PERERMPUAN - KEEMPAT (SMVLC / SMTG)
8. PETANQE LELAKI - KEDUA (SMVKK)

TAHNIAH KONTIJKEN ZON PERAK...

PERTANDINGAN KARNIVAL ASRAMA SMT/V PERINGKAT KEBANGSAAN
TARIKH : 29 OKT 2011
TEMPAT : SMT/Z ZON PULAU PINANG ( SMT SEBERANG PERAI)
MASA PENDAFTARAN : 2.00- 6.00 PTG
PENGINAPAN DI : SMT SEBERANG PERAI.
KETUA KONTIJEN : EN KAMAL B MAT SABRI (0195761862)
TARIKH BALIK : 1 NOV 2011, MASA : 1.00 TENGAHARI
PEGAWAI RUJUKAN DI ZON P. PINANG :-
SMT SEBERANG PERAI : EN ROHAIZAD (0194766609)
SMV N. TEBAL : EN JAAFAR (019 4106509)
SMV B. PULAU : EN JAMIL (013 4491639)

MAKLUMAT YANG PERLU DI DOWNLOAD. KLIK MAKLUMAT DIBAWAH :-

1. JADUAL AM KESELURUHAN KAVOT KEBANGSAAN.
2. JADUAL PERTANDINGAN BOLA TAMPAR.
3. JADUAL PERTANDINGAN FUTSAL.
4. MAKLUMAT PERTANDINGAN IDOL-LAGU ASLI.
5. SURAT DRP S/U MPSM SMT/V PERAK (perjalanan dan nama pegawai).

"DIDOAKAN SELAMAT DALAM PERJALANAN DAN PEROLEHI KEJAYAAN DUNIA DAN AKHIRAT - JAGA SOLAT DAN AURAT- KERANA KEJAYAAN SEBENAR MANUSIA ADALAH APABILA DAPAT TAAT PERINTAH ALLAH DAN MENJAUHI SEGALA LARANGANNYA"

MAKLUMAT PERJALANAN KONTIJEN ZON PERAK. (TERKINI: 28 OKT 2011)

TARIKH : 29 OKT 2011, SABTU 2.00 PETANG (PERUBAHAN TERKINI)
TEMPAT : SMV LEBUH CATOR
BAS : SMV LC (PERGI)
BAS : SMT IPOH (BALIK)
SEKOLAH TERLIBAT :-
1. SMVLC ( 15 P + 5 G )
2. SMV SERI ISKANDAR ( 1P + 1 G)
3. SMT IPOH ( 10 P + 3 G)
4. SMT GERIK ( 7 + 1)
5. PEMANDU 2

TARIKH : 29 OKT 2011, SABTU 10.30 PAGI
TEMPAT : SMV KUALA KANGSAR
BAS : SMV KUALA KANGSAR (PERGI)
BAS : SMT TAIPING (BALIK)
SEKOLAH TERLIBAT :-
1. SMVKK ( 7 P + 3 G )
2. SMT TAIPING ( 16P + 3 G)
3. PEMANDU 2



PERINGATAN KEPADA GURU-GURU PENGIRING:-

1. SILA BAWA SALINAN BORANG T01 (format kebangsaan), T02 (format kebangsaan) DAN KAD PENGENALAN PELAJAR.
2. BAWA SELIMUT DAN UBAT MASING-MASING.
3. SILA BEKALKAN WANG SAKU KEPADA PELAJAR MASING-MASING SECUKUPNYA, TERUTAMA UNTUK PERBELANJAAN SEMASA PERJALANAN PERGI DAN BALIK.
4. PENGINAPAN DI SMT SEBERANG PERAI.
5. TAKLIMAT PENGURUS PASUKAN PADA 29 OKT JAM 9.00 MALAM



ANALISA KONTIJEN :-

1. kETUA KONTIJEN : 1
2. PESERTA LELAKI : 42
3. PESERTA PEREMPUAN : 19
4. GURU LELAKI : 13
5. GURU PEREMPUAN : 3
6. PEMANDU : 4
7. JUMLAH : 81 ORANG




TINDAKAN SEKOLAH YANG MEWAKILI ZON :-

1. DOWNLOAD BORANG PENYERTAAN BORANG T01 DAN T02. ISIKAN DAN
2. BORANGT01 DAN T02, PERLU DIBUAT 2 SALINAN, DISAHKAN DAN DIBAWA OLEH GURU PENGIRING.
3. BORANG T01 - EMAILKAN KEPADA email: matsmt@yahoo.com,pkhemsmvperak@yahoo.com,kavot2011@yahoo.com
4. Perancangan pergerakan dan penggunaan bas, akan dimaklumkan pada minggu hadapan, selepas persetujuan masjlis pengetua.
6. Dicadangkan diadakan program latihan bersepadu (berpusat) di SMT Gerik pada 27 (petang) dan 28(pagi) Okt 2011. (kos makan / penginapan perlu dibincangkan)
7. SEBARANGAN PERUBAHAN - SILA RUJUK BLOG INI ATAU PKHEM MASING2 shj.

BORANG-BORANG PENYERTAAN RESMI PERINGKAT KEBANGSAAN.
KLIK MAKLUMAT DIBAWAH :-
1.BORANG PENDAFTARAN INDIVIDU - T01
2.BORANG PENDAFTARAN PASUKAN - T02

KEPUTUSAN TERKINI DAN WAKIL PERAK KE PERINGKAT KEBANGSAAN
1. FUTSAL - SMT IPOH
2. NASYID - SMVLC
3. CATUR LELAKI - 1. SMTG, 2. SMTIPOH, 3. SMT IPOH
4. CATUR PEREMPUAN - 1. SMT GERIK, 2. SMVC, 3. SMVLC
5. BOLA TAMPAR - SMT GERIK
6. PETANGE - SMV KUALA KANGSAR - LELAKI DAN PEREMPUAN
7. TILAWAH - SMT GERIK (PEREMPUAN), SMT TAIPING (LELAKI)
8. DIKIR BARAT - SMT TAIPING.
9. LAGU ASLI - SMV SERI ISKANDAR (L), rasanya smv kuala kangsar


MAKLUMAN PERTANDINGAN PERINGKAT ZON PERAK YANG LALU:-


1. PENGANJURAN PERTANDINGAN CATOR OLEH SMV KERIAN DI BATALKAN MERUJUK PERBINCANGAN TN HJ MOKHTAR DENGAN TN HJ RAZALI PADA 7 OKT 2011 JAM 3.00 PTG. Maklumat penganjuran terkini rujuk perkara 1 di bawah.

PERUBAHAN TARIKH PERTANDINGAN KEPADA
: 21 OKT 2011 JUMAAT)

MULA JAM 3.00 PETANG DALAM PROSES PERBINCANGAN

SEMUA SEKOLAH PENGELOLA SILA AMBIL PERHATIAN.
: Sila hantar surat maklumkan kepada semua sekolah yang terlibat.

4. PERBELANJAAN.
4.1 Yuran penyertaan peringkat zon : zero budget, sehubungan dengan itu,
4.1.1 Setiap sekolah yang terlibat perlu merancang perbelanjaan Makanan dan minuman pelajar masing-masing. ( SILA HUBUNGI SEKOLAH PENGANJUR UNTUK MENDAPATKAN BANTUAN PESANAN MAKANAN DAN MINUMAN)

4.1.2 Hadiah tidak disediakan.
5. Setiap pasukan diminta menyediakan :-
5.1 Hakim Nasyid- seorang.
5.2 Pengadil Bola tampar - seorang.
5.3 Hakim Tilawah dan Dikir Barat - rujuk sekolah SMT Gerik (2/1).
5.4 Hakim Lagu Asli - rujuk sekolah SMT Ipoh

6. Aturcara di SMV Lebuh Catur Ipoh :-

masa : -
2.45 petang :
-Pasukan akan di sambutan di pintu sekolah dan dibawa ke tempat pertandingan masing-masing.
-Diadakan taklimat pertadingan.

Tempat :-

-catur di bilik PKA
-Nasyid di Dewan Makan ASrama
- Bola Tampar - Padang bola tampar, 1. asrama, 2. Blok Asrama lama

3.00 petang
- pertandingan dimulakan.

6.30 petang

-semua pertandingan berakhir - tiada acara penutup.
-semua ibubapa yang ingin mengambil pelajar diminta menunggu pelajar sebelum jam 7.00 mlm. (guru penasihat diminta memaklumkan kepada pelajar supaya memaklumkan kepada ibubapa pelajar masing-masing).




KLIK MAKLUMAT DIBAWAH :-


ANALISIS DAN MAKLUMAT PENGELOLAANT ERKINI.

2. BORANG BORANG PENDAFTARAN (semak yg baru dalam email PKHEM masing-masing)
3. PERATURAN PERTANDINGAN BOLA TAMPAR
4. PERATURAN PERTANDINGAN CATOR (tunggu)
5. PERATURAN PERTANDINGAN NASYID (tunggu)rujuk email PKHEM masing-masing.
6. PERATURAN PERTANDINGAN LAGU MELAYU ASLI (tunggu drp SMT Ipoh)
7. PERATURAN PERTANDINGAN PETANQE(tunggu drp SMT Ipoh)
8. PERATURAN PERTANDINGAN DIKIR BARAT (tunggu drp SMT Gerik)
9. PERATURAN PERTANDINGAN TILAWAH(tunggu drp SMT Gerik)



(* peraturan dan pemarkahan pertandingan perlu dirujuk daripada kertas kerja oleh BPTV peringkat Kebangsaan yang telah di hantar ke SMT/V masing-masing)



Tarikh Pertandingan : 21 OKT 2011
Tempat Pertandingan dan Sekolah yang dilantik menjadi pengelola: Rujuk perkara satu.

Thursday, November 24, 2011

PROGRAM CUTI SEKOLAH -PERMATA PINTAR

MAKLUMAT PENDAFTARAN PROGRAM PERKHEMAHAN CUTI SEKOLAH 2011

KLIK :Portal PERMATApintar Negara

1.Pusat Permata Pintar Negara.
2.Pencarian Bakat Pelajar Pintar.
3.Ujian Saringan.
4. Program Perkhemahan cuti Sekolah.

Saturday, November 19, 2011

IBUBAPA - LIHAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN DALAM TALIAN

LIHAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN ANAK-ANAK ANDA DI DALAM TALIAN , KLIK ALAMAT DIBAWAH :-

KLIK : LIHAT KEPUTUSAN PEPERIKSAAN

AKAN DATANG >>> NAK LIHAT REKOD DISIPLIN ANAK ANDA DALAM TALIAN..

Peringatan kepada pelajar : "elakan melakukan sebarang masalah disiplin ..bila-bila masa dan dimana sahaja anda berada."

Thursday, November 17, 2011

PENYERAHAN BANTUAN RM100/=






TARIKH : 18 NOV 2011
MASA : 10.00 AM
TEMPAT : MENGIKUT KELAS / KURSUS MASING-MASING

PERINGATAN :

1. HANYA IBUBAPA PELAJAR BOLEH MENGAMBIL BANTUAN TERSEBUT.
2. JIKA WAKIL - PERLU MEMBAWA SURAT WAKIL DARIPADA IBUBAPA PELAJAR.
3. WANG YANG TIDAK DAPAT DITUNTUT PADA TARIKH TERSEBUT, BOLEH DIAMBIL PADA HARI LAIN DIPEJABAT, DENGAN MEMAKLUMKAN 2 HARI AWAL.

PELAJAR YANG TIDAK LAYAK MENDAPAT BANTUAN :-

1. BUKAN WARGENAGARA.
2. TELAH DIBUANG SEKOLAH.
3. TELAH BERPINDAH.

Wednesday, November 16, 2011

DOA UNTUK PELAJAR MENGHADAPI SPM 2011


"SEMOGA BERJAYA DENGAN KEPUTUSAN YANG CEMERLANG"
SEBELUM ITU...
- MOHON RESTU DARIPADA IBUBAPA, GURU, AHLI KELUARGA DAN RAKAN2.
- MAAFKAN KESALAHAN SEMUA ORANG...
- BANYAKAN MEMOHON KE AMPUNAN DARIPADA ALLAH S.W.T
- USAHA, DOA DAN TAWAKKAL...

Beberapa tip sebagai persediaan menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi nanti. Tip ini di ambil dari akbar berita harian untuk pekongsian kita bersama. Antaranya ialah :

1. Semak jadual

Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.

Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.

2. Kunci peperiksaan

Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.

Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.

3. Tentukan keutamaan

Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.

Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.

4. Banyak mengingat dan membuat kaitan

Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.

Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.

5. Merancang persiapan peperiksaan

Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.

a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.

Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.

Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.

Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.

Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.

Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.

Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.

Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.

b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.

Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.

Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.

Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.

Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.

Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel

Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.

Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.

c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.

Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.

Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.

6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan

Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.

7. Berdoa dan bertawakal

Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.

Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Jadi, bagaimana persediaan anda sekarang ? Adakah anda sudah benar-benar bersedia ??

Monday, November 7, 2011

ASRAMA 4 BINTANG - SMVLC DIANUGERAHKAN OLEH BPTV



TARIKH : 1 NOV 2011

ASRAMA SMVLC DI IKTIRAF DENGAN 4 BINTANG....

TAHNIAH...
KEKALKAN....DAN USAHA UNTUK DAPAT 5 BINTANG ...2012

Sunday, November 6, 2011

JAMUAN PASUKAN ELITE RAGBI SEKOLAH BERSAMA JURULATIH LUAR




TARIKH :4 NOV 2011
MASA : 5.00 PM
TEMPAT : KANTIN SEKOLAH

UCAPAN PENGURUS PASUKAN
UCAPAN JURULATIH LUAR
UCAPAN PKHEM..
PENYAMPAIAN SIJIL, CENDERAMATA
JAMUAN
SESSI BERGAMBAR.

Saturday, November 5, 2011

PROGRAM HARI KOKURIKULUM 2011









TARIKH : 1 NOV - 11 NOV 2011
MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH : 11 NOV 2011

SELAMAT MENYAMBUT AEDIL ADHA 2011


Hari Raya Aidil Adha, merupakan salah satu hari yang cukup penting lagi dipenuhi sejarah, seluruh umat Islam bertakbir, bertasbih, bertahmid, dan turut beringat-ingat tentang kisah yang menjadi teladan buat kita semua: bagaimana Nabi Ismail a.s. telah dengan rela hati meminta ayahandanya Nabi Ibrahim a.s. mengikuti perintah Allah s.w.t. agar dia dikorbankan.

Kita semua ingat bagaimana di saat-saat akhir, Allah s.w.t. telah menggantikan Nabi Ismail a.s. dengan seekor biri-biri, yang akhirnya menjadi korban. Tetapi, apa yang harus kita ingat juga ialah pengajaran: betapa peritnya perasaan si bapa, Nabi Ibrahim a.s., yang harus mengetepikan naluri kebapaannya yang terlalu mengasihi anaknya demi mengerjakan perintah Tuhan. Pengorbanan inilah – untuk mengetepikan perasaan sendiri demi sesuatu yang lebih besar dari diri kita sendiri – yang harus kita ingati dan kita amalkan. Subhanallah

"BAGAIMANA PENGORBANAN KITA SEBAGAI PELAJAR - untuk mencapai matlamat ... ?"
"BAGAIMANA PENGORBANAN KITA SEBAGAI GURU UTK ANAK BANGSA DAN AGAMA - setimpalkah (apa yg kita dpt) dengan masa, tenaga dan harta yang kita sumbangkan ?"

"Sebaik-baik korban adalah korban seorang hamba terhadap penciptanya yang menganugerahkan pelbagai nikmat terhadapnya."
Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI


    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini