KHUTBAH TERAKHIR RASULULLAH S.A.W
INGATAN ....Khutbah terakhir Rasulullah s.a.w. disampaikan pada 9hb Zulhijjah Tahun 10 Hijriyah di lembah Uranah, Gunung Arafah
Wahai manusia, dengarlah baik baik apa yang hendakku katakan.
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas
tahun ini. Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini
sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah
suci. Kembalikan harta yang diamanah kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Janganlah sakiti sesiapa pun, agar orang lain tidak menyakiti
kamu pula.Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu, dan dia
pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan
riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' di batalkan mulai sekarang.
Berwaspada lah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara perkara besar, maka
berjaga jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara perkara kecil.
Wahai manusia , sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isteri
kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu.Sekiranya mereka menyempurnakan hak
mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian
dalam suasana kasih sayang.Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah
lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu
kamu yang setia. Dan hak kamu ata mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh
memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang
melakukan zina.
Wahai manusia dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku
ini,sembahlah ALLAH, dirikan sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan
Ramadhan,dan tunaikan zakat dan harta kekayaan kamu, kerjakan ibadah Haji
sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada
Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak saorang pun yang lebih mulia
dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan Beramal Solleh.
Ingatlah, bahawa kamu akan mengadap ALLAH pada suatu hari untuk
di pertanggungjawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu,
awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas
ketiadaanku. Wahai maanusia, tidak ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang
selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah
dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah disampaikan kepada kamu.
Sesunguhnya, aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang
sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikut kedua keduanya, nescaya kamu tidak
akan tersesat selama-lamanya, itulah Al-Quran dan Sunnahku. hendaklah
orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikannya kepada orang lain, dan
hendaklah orang lain itu menyampaikan pula kepada yang lain. Semoga yang
terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku.
Saksikan ya-ALLAH, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMU
kepada hamba hambaMU.
0 Comments:
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home