Thursday, October 29, 2015

DASAR / POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KVLC

DASAR / POLISI KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN KVLC

Kolej Vokasional Lebuh Cator Ipoh bertekad  untuk mewujudkan suasana kerja yang sihat, selamat dan mesra melalui budaya kerja yang terancang serta perkongsian tanggungjawab antara majikan dan pekerja.
Isu-isu keselamatan, kesihatan dan kebajikan akan diberi keutamaan oleh pihak kolej sejajar dengan peruntukan Seksyen 16, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).
Bagi menjayakan dan merealisasikan polisi ini, maka pihak kolej akan berusaha untuk :
Menyediakan sistem dan premis/tempat bekerja yang selamat, mesra dan sihat;
Memastikan bahawa pekerja-pekerja di kolej diberi maklumat dan latihan yang mencukupi bagi meningkatkan kesedaran mengenai aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan;
Membudayakan sistem kerja yang selamat di kalangan pekerja dan pelajar berteraskan kefahaman, kompetensi, kesedaran tanggungjawab bersama.
Polisi  ini akan menjadi panduan kepada semua pekerja bagi memastikan aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan diamalkan dengan berkesan.
Polisi  ini akan sentiasa disemak dan dikemaskini setiap tahun bagi memastikan

JAWATANKUASA KESELAMATAN DAN KESIHATAN

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kolej Vokasional Lebuh Cator  (JKKP-KVLC) dicadang penubuhannya bagi memenuhi keperluan perundangan AKta Keselamtan & Kesihatan Pekerjaan 1994 (seksyen 11-17)

(JKKP-KVLC) adalah sebuah jawatankuasa peringkat kolej ini bagi memantau keseluruhan aktiviti dan pergerakan Jawatankuasa setiap Jabatan/Unit). Di peringkat kolej ini, jawatankuasa yang dicadangkan adalah Jawatankuasa 3K ,jawatankuasa 5S KVLC dan jawatankuasa OHSAS 1800 yang bertanggungjawab dalam aspek keselamatan dan kesihatan di kolej. Jawatankuasa ini akan melaporkan apa jua aktiviti, mesyuarat dan insiden serta langkah pembetulan kepada (JKKP-KVLC) mengikut jadual berkala yang ditetapkan.

OBJEKTIF

2.1  Merancang dan menyelaras aktivit-aktiviti keselamatan dan kesihatan pekerjaan peringkat kolej
2.2  Menjadi perantara antara kolej dengan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri Perak
2.3  Memastikan kolej ini mematuhi kehendak perundangan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP 1994).
2.4  Meningkatkan kerjasama di antara majikan dan pekerja dan memantapkan lagi komunikasi dua hala
2.5  Memupuk dan memberi kesedaran kepada majikan dan pekerja berkenaan isu keselamatan dan kesihatan di kolej ini 

3.0 FUNGSI
3.1  Fungsi (JKKP-KVLC) adalah berdasarkan kepada peruntukkan di bawah " Peraturan -Peraturan Keselamatan dan Kesihatan" Bahagian III, Fungsi Jawatankuasa Keselamtan dan Kesihatan     (seksyen 11)
3.2  Peruntukan ini menyatakan bahawa Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan sesuatu tempat kerja hendaklah
      3.2.1  Membantu dalam menghasilkan kaedah-kaedah keselamatan dan kesihatan dan sistem kerja yang selamat;
      3.2.2  Mengkaji semula keberkesanan program keselamatan dan kesihatan;
      3.2.3  Menjalankan kajian tentang punca kemalangan , kemalangan nyaris, kejadian berbahaya, keracunan  pekerja atau penyakit pekerjaan, dan hendaklah melaporkan segera kepada majikan apa-apa keadaan atau amalan tidak selamat atau tidak sihat di tempat kerja bersama-sama dengan cadangan untuk tindakan pembetulan;
      3.2.3  Mengkaji semula polisi keselamatan dan kesihatan di tempat kerja dan memberi cadangan kepada majikan bagi apa-apa untuk tindakan penyemakan semula polisi tersebut.

4.0  TANGGUNGJAWAB
Kedua-dua jawatankuasa 3K dan 5S KVLC adalah merupakan jentera kepada segala aktiviti keselamatan dan kesihatan seperti berikut :

4.1 Mesyuarat
      4.1.1  Mesyuarat mestilah diadakan sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
      4.1.2  Kuorum mesyuarat hendaklah terdiri daripada Pengerusi dan Setiausaha serta tidak kurang daripada separuh jumlah ahli (tidak termasuk pengerusi dan Setiausaha).
      4.1.3  Jika Pengerusi atau Setiausaha tidak dapat hadir untuk jangkamasa yang panjang (bercuti panjang atau berkursus), maka Pengerusi/Setiausaha sementara perlu dilantik bagi memastikan mesyuarat setiap 3 bulan diadakan mengikut jadual.
      4.1.4  Mesyuarat hanya boleh membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan keselamatan dan kesihatan pekerjaan sahaja.
     4.1.5  Lantikan wakil pengurusan terdiri daripada kalangan kakitangan kumpulan Pengurusan & Profesional bagi setiap jabatan di kolej.

     4.1.6  Lantikan wakil pekerja terdiri daripada kalangan kakitangan kumpulan sokongan bagi setiap unit di kolej.

4.2 Pemeriksaan Tempat Kerja
Pemeriksaan tempat kerja perlu mematuhi Prosedur Pemeriksaan Tempat Kerja iaitu seperti berikut:
    4.2.2 Menjadualkan pemeriksaan di tempat kerja sekurang-kurangnya 3 bulan sekali.
    4.2.2 Menjalankan pemeriksaan dan menyediakan laporan berdasarkan Borang Pemeriksaan
    4.2.3 Salinan laporan pemeriksaan yang telah dijalankan perlu diserahkan kepada (JKKP-KVLC) dan Jabatan berkenaan dalam masa 7 hari dari tarikh pemeriksaan
    4.2.4 Laporan perlulah dijawab dalam masa 7 hari dari tarikh penerimaan laporan oleh ketua jabatan/wakil-wakil berkenaan.
    4.2.5 Tindakan pembetulan perlu dijalankan dan lawatan penyemakan akan dibuat dalam masa 30hari oleh Jabatan berkenaan.
   4.2.6 Borang pemeriksaan hendaklah dilengkapkan dengan tindakan pembetulan dan diserahkan kembali kepada (JKKP-KVLC)
4.3 Penyiasatan Kemalangan
    4.3.1 Penyiasatan kemalangan ini dilakukan adalah untuk mengenalpasti punca sesuatu kemalangan disamping memastikan tindakan kawalan dan pencegahan dijalankan
    4.3.2 Apabila berlaku kemalangan /insiden, ianya perlu dilaporkan kepada Pengarah kolej/(JKKP-KVLC) dengan menggunakan Borang Laporan Kemalangan /Insiden dalam masa 24 jam
    4.3.3 Setelah Laporan kemalangan diterima, JKKP-KVLC perlu membuat penyiasatan dengan menggunakan Borang Laporan Penyiasatan Kemalangan/insiden dalam masa 7 hari
    4.3.4 Tindakan pembetulan dan pencegahan jangka pendek perlu dilaksanakan dalm masa 30 hari
4.4 Penyiasatan Aduan
Penyiasatan aduan perlu mematuhi prosedur yang telah ditetapkan Peraturan Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (Jawatankuasa Keselamatan Kesihatan )1996-Seksyen 16-17; Penyiasatan dan Penyelesaian Aduan

5.0 Kesimpulan
Isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan merupakan isu yang penting melibatkan pekerja dan majikan di Kolej Vokasional Lebuh Cator . Bagi memastikan Kolej Vokasional Lebuh Cator mematuhi keperluan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514), maka pihak kolej dibantu oleh JKKP-KVLC perlu mengambil peranan yang lebih aktif bagi memastikan warga kolej dalam keadaan selamat dan sihat.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

Links to this post:

Create a Link

<< Home

Site Meter Jam
Kalender

widgeo
  • ISILAH KEHIDUPAN ANDA DENGAN ZIKRULLAH
  • BACAAN AL QURAN 1
  • BACAAN AL QURAN 2
  • BACAAN AL QURAN 3
  • BACAAN AL QURAN 4
  • BACAAN AL QURAN 5
  • BACAAN AL QURAN 6
  • ...............................
  • KATA - KATA MOTIVASI

    Dapatkan Mesej Bergambar di Sini